Pelakon, Intan Najuwa memuat naik sekeping foto bersama bekas tunang di laman Instagram miliknya.
Walaupun tanpa kapsyen dan foto yang dikongsi bukanlah secara penuh, namun ia seakan-akan menceritakan perihal perkembangan hubungan baik di antara keduanya.
Sementara itu menerusi ruang komen pula, netizen mulai membuat spekulasi sendiri, membayangkan mereka sudah berbaik.
Terdahulu, Intan Najuwa, 23, mengesahkan dia sudah putus tunang pada Februari lalu bersama ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, 39, kerana sudah tidak ada persefahaman.
Keduanya mengambil keputusan tersebut selepas kira-kira 10 bulan mengikat tali pertunangan.
Foto : Instagram Intan Najuwa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mereka Nak Dengar Ke Lagu Saya Lagi?,” – Zizi Kirana Nervous Nak Keluar Lagu Baru Lepas Berhijab
Penyanyi, Zizi Kirana mengakui dirinya berasa berdebar untuk kembali menyanyi selepas tampil berhijab.
Menurut Zizi, dia sebenarnya agak bimbang dengan penerimaan netizen terhadap karya-karyanya selepas ini.
Bagaimanapun, isteri kepada pelakon, Yusuf Bahrin ini tetap menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan insan-insan hebat yang sentiasa mendukung segala keputusannnya.
“Sebenarnya saya akui, memang ada rasa agak gementar apabila pertama kali ingin kembali menyanyi selepas tampil dengan imej berhijab.
“Saya jadi sangat nervous bila memikirkan mengenai penerimaan orang di luar saya terhadap diri saya. Saya kerap bertanya kepada pengurus dan suami adakah mereka boleh memerima saya? Mereka nak ke dengar lagu saya lagi?
“Perkara ini selalu bermain di dalam kepala saya. Suami dan pengurus pun selalu bagi semangat. Mereka tahu saya mampu jaga batas dengan baik. Saya tetap dengan prinsip lama iaitu ‘langgar je’,” katanya kepada MH.
Penyanyi asal Sabah itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media lagu terbaru berjudul Pijak yang diadakan secara virtual pada Khamis.
Dalam pada itu, Zizi turut menambah, perasaan untuk menjaga batas di dalam setiap perbuatannya hadir dengan sendirinya lebih-lebih lagi selepas mendirikan rumah tangga.
“Selepas berhijrah ke imej berhijab dan ditambah pula saya pun dah bergelar isteri orang, soal penjagaan batas ini amat penting. Antaranya saya menghadkan pergerakkan saya dalam muzik video.
“Saya pun dah tak mahu terlalu agresif macam panjat kerusi atau meja. Nak terlampau gembira pun tidak manis. Saya berbincang dengan team untuk fikirkan cara yang terbaik.
“Perasaan itu datang sendiri dalam hati saya. Tak sesuai kalau nak terlalu ‘loud’. Jadi, kami memilih untuk lebih santai. Pergerakan pun minimal. Yang penting penceritaan itu sampai,” kongsinya lagi.
Masih mengekalkan konsep sinikal dan nasihat, Zizi mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana Pijak mendapat reaksi positif daripada masyarakat.
“Alhamdulillah, feedback yang saya dapat hampir kesemuanya positif. Admin media sosial saya sampai terkejut sebab tiada satu pun komen-komen mengutuk. Dia pula rasa boring.
“Inilah masalah manusia, orang kutuk salah. Tak kutuk pun salah. Tak bersyukur,” selorohnya.
Terdahulu, lagu Pijak hasil ciptaan Zizi bersama Navigator dan Mambang itu adalah kesinambungan kepada lagu Eh yang menceritakan mengenai orang yang mengambil kesempatan di atas
kebaikan dan kelemahan orang lain.
Pijak kini sudah tersedia di semua digital platform manakala video muziknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Zizi sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Neelofa Tampil Menegur; “Dah Dah La Nak Trigger Orang Untuk Keji Maki Saya Sekeluarga.”
Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa menegur sesetengah pihak yang dilihat seolah-olah sengaja mencetuskan kontroversi membabitkan dirinya juga keluarga.
Di dalam sebuah perkongsian di Instagram Story miliknya baru-baru ini, Neelofa pada masa sama turut menegur portal berkaitan susulan ‘headline’ yang digunakan.
“Dah dah la nak trigger orang untuk keji maki saya sekeluarga. Tak cukup lagi ke selama ni tengok saya dikecam?” tulisnya.
Neelofa, 32, menambah situasi berkenaan boleh mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet meski apa yang dikongsi adalah hal yang baik.
“Janganlah trigger untuk dikecam. Bila orang share benda baik, tapi tetap juga nak cari jalan supaya dikeji, dicaci maki.
”Metro dan Utusan boleh je buat tajuk baik-baik, sebab artikel pun ceritanya baik sahaja. Jadi kenapa yang lain tak boleh ikut sama?,” luahnya lagi.
Artikel Berkaitan;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Zizan Razak Rupanya Menangis Pertama Kali Tonton Trailer Abang Long Fadil 3, Ini Sebabnya
Di sebalik suasana penuh gelak ketawa sepanjang proses penggambaran, pelakon dan pelawak, Zizan Razak mendedahkan filem Abang Long Fadil 3 turut mempunyai cabarannya yang tersendiri.
Menurut Zizan, para pelakon telah berusaha sebaik mungkin untuk memberikan mutu lakonan yang sempurna sesuai dengan apa yang diingankan pengarah sehingga terpaksa pulang pada awal pagi.
Disebabkan terlampau penat dan mengantuk, Zizan memaklumkan dia dan pengurus telah terlibat dalam satu kemalangan sewaktu ingin memandu pulang.
“Saya tak tahu nak kata stress atau tidak tapi ada perkara yang harus saya korbankan. Kita jalani panggambaran di dalam studio dan tak perasan pun rupanya dah pagi.
“Ditambah pula ketika itu kita sedang berpuasa. Kita shoot di gudang Skop Production di Setapak dan saya kena berulang alik ke Shah Alam.
“Kadang-kadang mata pun dah kecil dan tak larat nak buka. Tapi kami masih memandu pulang. Masa penggambaran itu, kereta saya dan pengurus telah terlibat dalam kemalangan. Itu antara cabaran luar yang saya hadapi.
“Antara cabaran lain pula adalah untuk menjaga konti (keseragaman) dan babak-babak berlawan,” katanya kepada MH.
Zizan berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Abang Long Fadil 3 yang berlangsung di KLCC, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ketika ditanya bagaimanakah rasanya menjadi seorang pelakon ‘A-list’ yang filemnya ‘back to back’ ditayangkan di pawagam, bintang kelahiran program Raja Lawak musim pertama ini mengakui ada kalanya, dia juga berasa agak penat.
“Kita kena tengok suasana di set juga. Bila ada kawan-kawan yang best, suasana tu akan jadi seronok. Kadang-kadang bila dah terlampau ‘exhausted’, memang saya akan rasa penat sangat.
“Sebab itu masa pertama kali saya menonton trailer filem ini, saya menitiskan air mata. Saya teringat balik betapa susahnya nak menjayakan sesebuah babak serta nak buat penonton ketawa dan enjoy menonton filem ini.
“Ditambah pula dengan fasa pandemik yang bertahun-tahun, akhirnya hari ini baru dapat ditayangkan. Saya terharu menonton trailer bukan sahaja disebabkan filem itu sendiri tetapi mengenai usaha keras disebalik pembikinan karya ini.
“Macam-macam perkara saya ingat seperti balik lewat, kereta kemalangan dan ada juga beberapa pergaduhan. Tapi bila saya tonton malam ini, MasyaAllah hasilnya sangat international dan saya puas hati,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, pemenang Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular BH 2017 itu berharap agar masyarakat dapat menghargai segala usaha keras pihak yang terlibat sepanjang menjayakan filem yang menelan belanja keseluruhan bernilai hampir RM 6 juta ini.
“Saya nak penonton bukan sahaja terhibur tetapi hargai jugalah kerja-kerja anak seni ini. Bukan saya sahaja tapi juga rakan-rakan lain termasuklah mereka yang disebalik tabir seperti kru, orang buat air, producer dan semua yang terlibat.
“Tak dilupakan juga buat para wartawan. Kalau tiada anda, siapa nak war-warkan mengenai filem ini,” akhirinya.
Terdahulu, filem sarat aksi dan komedi ini bakal ditayangkan di pawagam bermula 8 September ini.
Selain Zizan, filem ini juga turut dibintangi ramai pelakon-pelakon hebat tempatan antaranya, Johan Raja Lawak, Ozlynn Wati, Maya Karin, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI