Isteri kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody iaitu Niena Azman ada menjawab pertanyaan orang ramai mengenai status terkininya sebagai seorang pemain futsal profesional.
Menurut Niena yang juga merupakan bekas penjaga gol skuad futsal wanita negara, dia kini masih lagi aktif bermain sukan tersebut dan masih belum terfikir untuk bersara.
View this post on Instagram
“Im still goalkeeper! Haha.. for those yang tanya Niena, dah retire ke main futsal? Not yet! Still main lagi.
“Insyallah smpai boleh main satu team Adith and Barie,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Niena menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Niena turut memasang hajat untuk bermain futsal bersama dua orang anak lelakinya Adith dan juga Barie.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan terkini Niena yang dilihat manis mengenakan hijab sewaktu bermain futsal.
Malah, mereka turut menyifatkan Niena akan terus menjadi inspirasi buat para gadis di luar sana untuk terus berkecimpung dalam sukan futsal.
Selain aktif sebagai pemain, Niena turut dilihat sudah mula menjinakkan diri menceburi bidang kejurulatihan.
Terdahulu, Rody dan Niena telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 April 2018.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adithya Jabbar dan Barie Habibullah yang baru sahaja lahir pada 6 Julai lalu.
Sumber: Instagram Niena Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI