“Dah Besar Nak Jadi Ayah,” – Cita-Cita Anak Johan Yang Rare, Ozylnn Siap Tanya Perangai Anak Peminat Sama Pelik Atau Tidak

Share

Berkongsi kisah lucu perihal anak-anaknya di sekolah, pelakon Ozlynn memberitahu sekolah anaknya ada menetapkan satu hari untuk para pelajarnya berpakaian bebas mengikut cita-cita sewaktu dewasa nanti.

Menariknya, cita-cita anak ketiga mereka cukup unik dan lain daru lain.

Salah seorang anaknya, Haziq tetap mahu menjadi ‘ayah’. Nampaknya anak yang seorang ini cukup memandang tinggi pada si bapa. 

Semlm kat skolah dorg kira hari berpakaian bebas mengikut apa yg dorg nak jd.. mcm doctor so pakai la baju doctor.. contoh..

“So ktorg dok tanya ariq, haziq n chantiq nak jadi apa.. tp jawapan yg paling best dr haziq.. dia ckp dh besar dh jadi AYAH.. 

Sume bantai gelak.. abg ariq bgtau dia.. haziq.. sume dh besar nnt jadi ayah.. skrg nih mama tanya u nak jd apa.. sb nak siapkan baju u.. u nak jd doctor ke, pilot ke apa? Dia trus sound abg ariq balik.. eh betul la haziq ckp jadi ayah.. pastu g kerja @era.je muzik hit terbaik.. pegi skali ngan papa.. kan ke senang.. u yg xtau nk jd apa.. jgn tuduh2 i abg ariq..???.. aduhaiii smp ke sudah dia ckp nk jd PAPA.”

Walaupun puas dipujuk, namun Haziq yang baru berusia 6 tahun ini tetap tegas dengan pendirian dan Ozlynn terpaksa mengalah apabila menyediakan seragam seperti si ayah.

Namun, lain pula yang jadi.

“So esoknya bila nk siapkan g skolah.. dia melalak psl pemilihan baju.. kita dh siapkan dia baju mcm papa dia la… dia xmo.. dia ckp semlm papa ada pesan kt dia.. dia boleh jd apa yg dia nk ikut buku yg dia baca.. so papa suh dia jd spiderman.. So meraban la sume carikan baju n mask dia.. nsb jumpa.. syg betul dia kt papa dia.. smp dgr apa yg papa dia suh pakai..

Kakak chantiq nape pakai mcm tu?? Haaaa masak aku.. dia kata nk jd firefighter ?‍? nk tlg org… ?.. dh mcm laki jugak pangai dia.. ?.. ank2 korg mesti ada perangai2 pelik jugak kan?? Apapon kita mak2 juga hero rumahtangga.. sakit demam pun still bgn buat keje umah.. #selamathariwanita buat ibu2 semua♥️? p/s: jgn terpesona dgn spiderman yg costume sendat seksi tuh.. papa dia jeles nnt.. papa dia dh booked utk kemam kang..?.. salam jumaat sume,”

tulisnya panjang lebar.

Aduhai, macam-macam perangai anak-anak kan? Memang pening dibuatnya, namun inilah kenangan indah yang pasti akan terpahat dalam memori bila sudah besar nanti.

Foto – Instagram Ozlynn

Published by
Noraini Abd Wahab