Kalau ada yang masih ingat, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih selesa dengan sapaan Shiera mengakui telah melakukan ‘ikat peranakan’ atau ‘tubal ligation’ selepas melahirkan anak kelimanya.
Shiera atau nama lengkapnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata, dia melakukan prosedur tersebut atas saranan doktor.
Menurut Shahirah, doktor memberitahu adalah sangat berisiko tinggi bagi wanita yang sudah mencecah usia 40 tahun ke atas sepertinya untuk hamil selepas ini.
“Sebab saya ni umur dah 40-an dan doktor ada beritahu yang saya masih subur lagi tapi berisiko dan tidak bagus untuk kesihatan diri.
“Selain berisiko, pelbagai komplikasi boleh berlaku kepada saya. Jadi atas saranan doktor untuk saya ikat jadi saya ikut atas nasihat doktor. Alhamdulilah saya subur, ada sesetengah orang susah nak dapat, saya bersyukur,” katanya kepada MH.
Ibu kepada lima cahaya mata itu turut menyatakan tiada perancangan untuk menambah zuriat sementelah bukan mudah membesarkan anak-anak pada zaman sekarang.
“Tiada rasa apa-apa sebab saya dah cukup ada lima anak tak akan nak beranak lagi. Saya tak kisah pun janji saya sihat.
“Lagipun nanti saya takut lepas beranak ada macam-macam masalah dan bukan mudah untuk membesarkan anak-anak,” katanya.
Kakak pelakon Sharifah Sakinah ini berkata demikian ketika ditemubual sejurus rakaman program di set MH Throwback.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell, 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Foto : Instagram Shiera Ijoy