Pelakon, Ozlynn Wati secara terbuka mengakui dirinya tidak mahir untuk melakukan kerja-kerja menggosok pakaian.
Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, tugas tersebut akan diambil alih oleh suaminya yang juga merupakan pelawak dan penyampai radio, Johan.
Katanya lagi, perkara berkenaan sudah pun ditetapkan sejak awal perkahwinan mereka.
“Memang kalau pergi mana-mana tanpa pembantu, memang dia yang akan tolong gosokkan baju saya. Benda dah ditetapkan dari dulu.
“Sebelum aku lubangkan baju-baju, baik dia sahaja yang gosok. Ya, sampai sekarang,” tulisnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh ibu kepada enam orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Ozlynn turut memaklumkan, sejak daripada kecil, bapanya yang bekerja di dalam unit beruniform juga sangat cerewet dalam hal penyediaan pakaian.
Ads
“Aku rasa keluarga aku tak pandai menggosok sebab dari kecil semua abah aku yang gosok serta beruskan baju dan kasut sekolah kami.
“Anggota kan sangat cerewet bila gosok baju. Sebab tu anak-anak tak tahu. Sekarang, semua tu bahagian suami aku.
Saya sayang papa,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, pelakon drama Scammer Geng Marhaban ini akui fobia untuk menggosok pakaian kerana pernah merosakkan baju sutera milik ibunya.
“Siapa yang macam aku sejenis risau bila nak menggosok. Aku pernahlah gosok baju mak aku, tak tahu apa yang salah sampai berlubang baju sutera mak aku.
Ads
“Jadi lagi fobia terus,” akhirinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi hal yang sama selain turut menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang suka membantu.
“Saya pun sama. Sudah 33 tahun berkahwin. Tak pandai gosok baju dan tudung. Semua suami buatkan.
“Seronoknya suami pandai gosok baju. Suami kita tak pandai. Sanggup pakai baju yang tak perlu digosok kalau kita tiada rumah.
Ads
“Laki aku gosok lagi cantik dari aku.
“Saya pun suami yang gosokkan baju semua orang. Saya gosok masa raya sahaja,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Johan atau Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz mendirikan rumah tangga dengan Ozlynn pada 25 Julai 2009.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan enam orang cahaya mata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ozlynn Wati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Semenjak mengaktifkan diri di gim, penyanyi, Ismail Izzani mengakui banyak menerima mesej-mesej nakal di media sosial bukan sahaja di kalangan gadis malah kaum sejenis juga.
Bagaimanapun, tambah penyanyi lagu Berserah itu, majoriti mesej yang diterimanya banyak daripada kalangan wanita berbanding lelaki.
“Kalau nak dikatakan kebanyakan yang DM saya terima banyak di kalangan wanita berbanding lelaki. Itu normal bagi saya.
“Tapi sebagai lelaki kita mesti peka sebab sekiranya mereka tidak hormat kita sebagai lelaki, rasanya lebih baik untuk saya abaikan saja.
“Akan tetapi, usah pula kita hilang hormat padanya sebagai perempuan sebab salah satu faktanya ialah, baik lelaki dan perempuan, keduanya boleh jadi penyebab untuk kita jatuh.
Terdahulu, anak kepada penyanyi senior, Datin Suliza Salam itu ditemui pada majlis rumah terbuka World Peace Entertainment baru-baru ini.
Malah, lebih dahsyat Mail turut memberi tahu ada menerima pelawaan berkahwin daripada kaum sejenis!
“Ada yang ajak saya untuk berkahwin dan ada juga yang meminta saya untuk berkongsi ilmu mengenai bersenam di gim.
“Tapi bagi saya benda tu biasa sahaja. Cuma kadang-kala saya tengok DM yanf lebih kurang begitu, tak tahu macam mana nak respon.
“Cuma ucap ‘selamat jalan’ adalah. Baik saya ignore sahaja,” akhirinya lagi.
Sumber Foto: Instagram Ismail Izzani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jenama fesyen terkemuka, Ariani mempersembahkan koleksi terbarunya, ‘1001 Tales of Ariani’, dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Cntre, baru-baru ini.
Tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024, tetapi acara itu juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.
Istimewanya, majlis turut diserikan dengan kehadiran DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.
Malah, jenama itu masih mengekalkan tiga dutanya iaitu Lisa Surihani, Bella Dally & Uyaina Arshad, dan menambah muka baru iaitu keluarga pasangan selebriti Amar Bahrin & Amyra Rosli serta Fyza Kadir sebagai wajah terbaru Ariani RTW Premium.
Majlis fesyen yang bertemakan Arabic itu dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab yang merangkumi tudung polos dan printed pelbagai rekaan.
Segmen kedua pula diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari Ariani Luxe, iaitu rangkaian koleksi hijab premium dengan perincian lace dan Swarovski.
Dalam pada itu, koleksi pakaian lelaki, Aryan pula menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa seperti baju melayu sedondon, kurta dan jubah.
Ia diteruskan dengan segmen Ariani RTW, menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah.
Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL.
Koleksi The Premium Series by Ariani RTW yang merangkumi jubah dan abaya serta koleksi kurung turut dipertontonkan dan ia dijual dalam kuantiti yang terhad.
Majlis diserikan dengan persembahan istimewa oleh Zizi Kirana yang mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Arab, ‘Sabry Aleel’ sebagai tema khas kepada keseluruhan majlis selain Datuk Jamal Abdillah dan anaknya, Zaki Yamani.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Noor Neelofa Mohd Noor, adalah seorang wanita yang berjaya bukan sahaja disebabkan bakatnya dalam industri seni, malah dia juga merupakan seorang usahawan tudung yang terkenal.
Malah, Neelofa berjaya menjadi artis yang mempunyai pengikut paling tinggi di Instagram dengan 8.6 juta pengikut. Sudah pasti ramai yang mengikutinya ingin mengetahui perkembangan semasa wanita cantik itu kan?
Paling mengejutkan meski mengumumkan dirinya sudah berniqab dan berpurdah, nama juara Dewi Remaja 2009/10 itu tidak hilang bisanya, malah menjadi lan syarikat-syarikat antarabangsa yang mendambakan Neelofa sebagai model syarikat mereka.
Sehingga ‘Forbes 30 Under 30 Asia’ dan Swarovski meletaknya antara yang paling berjaya dan disegani.
Neelofa Layak Di Gelar Jutawan Muda? Ini Rahsianya!
Di atas kejayaan itu juga, bekas pelakon dan pengacara cantik ini sering menjadi buah mulut apabila statusnya kini dikatakan layak digelar sebagai jutawan muda.
Menurut Neelofa, dia sentiasa amalkan empat perkara ini, jika ingin berjaya dalam perniagaan. Apa empat perkara itu? Jom semak!
1. Cabar Diri Sendiri
Adakah anda sering merasai kurang keyakinan diri untuk melakukan sesuatu yang baru buat kali pertama? Namun, tiada apa yang mustahil dalam dunia ini, cabar diri untuk tidak berada di takuk yang sama.
2. Positif
Di dalam alam perniagaan sentiasa harus positif. Tidak semestinya kita akan selalu berada di atas, kadang-kadang Allah nak uji dan jadikan setiap cabaran yang datang sebagai perkara yang positif untuk perbaiki ke arah yang lebih baik. Jangan biar fikiran yang negatif menganggu anda, belajar terima sesuatu perkara dengan positif dan tenang.
3. Self-Realisation
Bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Bercakap dengan diri, katakan yang anda boleh lakukannya. Hanya diri anda shaja yang tahu di mana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara itu.
4. Self-Talk
Jangan berhenti berdoa, rezeki yang datang itu semua dari Allah. Bersyukur sentiasa dan biasakan motivasi pada diri sendiri.
Kejayaan milik semua orang, yang pasti haruslah berusaha!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber : era.fm
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
AmBank Fiesta Raya @the Curve #MalaysiaKita tahun ini lebih meriah dengan kehadiran selebriti popular seperti Zur Eda, Liza Abdullah, Irma Hasmie, Elliza Razak (Bintang...