Pelakon, Zulin Aziz sering dijadikan ‘role model’ oleh orang yang ingin mengamalkan diet sihat seterusnya mendapatkan berat badan ideal mereka.
Apa taknya, kalau dahulu dia sering menerima ejekan kerana tubuh badannya itu, kini dia dapat menutup mulut-mulut biadap yang mengatanya dulu.
Semalam, dia memuat naik entri di Instagramnya mengenai diet ‘telur’ yang diamalkannya kini untuk menurunkan berat badan sebanyak 10KG dalam masa dua minggu.
“Dah habis open house kan? Diet telur. Day 1. Menu cadangan untuk 2 minggu: turun 10 kg, No sugar.
“Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
“Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
“Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
“Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
“Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Sayur rebus dan 2 biji telur rebus
Malam: Salad dan ikan panggang
“Sabtu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Buah-buahan
Malam: Sayur dan ayam stim
“Ahad
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengahari: Salad tomato, sayur stim dan ayam panggang
Malam: Sayur stim,” kongsinya
Dalam pada itu, Zulin juga rajin berkongsi diet telurnya itu di Instagramnya.
“Diet telur day 2,” tulisnya
Wow! kalau tengok menu yang dikongsi Zulin itu memang ketat betul lah. Apa-apapun, MH doakan supaya dia dapat bentuk badan yang diidamkannya itu. Fighting!
Foto: Instagram Zulin Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI