Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat berkongsi mengenai keadaan terkininya yang sedang menanti detik untuk bersalin anak kedua.
Menurut Ayda, kandungannya kini sudah memasuki bulan kelapan dan sebagai ibu yang hampir bersalin, dia mulai mengalami beberapa kekangan.
“Dah hujung-hujung ni sis… tidur tak lena, ke kiri salah, ke kanan salah. Berdiri lama penat, duduk lama sakit pinggang pulak, nak makan pun mengah. Tendang tendang jangan cakaplah.
“Sikit je lagi baby… @ananaylaofficial keluar 18 hari awal. Yang ini kita kira nanti. Mommies beranak on time tak?,” tulisnya menerusi salah satu hantarannya di Instagram.
Untuk info, penyanyi lagu Mata ini mendirikan rumah tangga dengan hos, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini