Berbangga dengan gelaran nenek yang disandang, Raja Ilya menerusi laman Instagram mengumumkan dia kini mempunyai cucu.
Ilya yang kini di Taiping bagi menyambut Aidilfitri, teruja menjadi nenek pada usia yang muda. Begitu juga dengan suaminya, Trent.
“My lovely hometown #taiping Raya Gathering at cousins .. well I’m proud to say I am a Nanny now.
“Dah jadi Nenek, Ilya ada cucu now kat ipoh ..haha.. I think Kitorang the first youngest TOk and Nenek. #raya #balikkampung #lifestyleoflove @trentengarrett,” tulisnya lucu.
Menerusi posting terdahulu, pelakon jelita ini meluahkan keterujaan meraikan sambutan Aidilfitri buat pertama kali bersama suami tercinta.
“Selamat Hari Raya Semua , Our 1St Raya as husband & Wife .. pretty excited Sebenarnya , Dapat Balik #ipoh #taiping jumpa Saudara Dan kawan kawan .. hopely sempat jumpa semua tahun ni.
“Walaupun Hujan kat highway ni kami tetap Gigih nak P Perak gak ni… ermmmmm Honestly opinion ilya Raya As Wife lain dari Raya bujang … Haha… dulu pagi Raya bagun terus siap siap ,tapi Tahun ni Pagi Raya kena siap kan dulu @trentengarrett pakai Baju melayu Sampin semua.
“Next year additional Task pulak kena siap kan 3 orang sekali 🤣🤣Anyway Kami nak Ucap kan Selamat Hari Raya uoolsss ,Stay strong and united with Family , love your family okay . duit Raya jangan lupa kumpul.
“Apa apa pun thank you to our sponsor Baju Raya Tahun Ini Butik azalea #bintulu . Drive safe Korang,” kongsi Ilya panjang lebar.
Foto : Instagram Raja Ilya