Umum mengenali anak kepada pelakon, Jasmin Hamid iaitu Ian Haziq Macquistan memiliki rupa paras yang kacak dan fizikal yang menarik.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu bahawa pelakon filem Suamiku, Encik Perfect 10 itu juga ada mengambil anak angkat iaitu Rohana dan Luqman Hakim.
Baru-baru ini, Jasmin ada meluahkan perasaan gembiranya kerana telah berjaya menjaga dan mendidik kedua-dua orang anak angkatnya itu.
“Nah… Saya bagi #challenge24 Tahun yang lalu.. Syukur alhamdulillah kerana Allah masih panjangkan usia saya untuk saya menjalankan AMANAH ALLAH ini..
“Saya sanggup telan apa saja KATA BURUK pasal saya tapi BUKAN kepada anak-anak saya.. Anak-anak adalah harta saya dunia akhirat .. Walaupun saya tak melahirkan mereka tapi saya dah jaga mereka dari tapak kaki sebesar 2 jari lagi..
“Kasih sayang saya pada mereka, tak pernah berbelah bagi. Semua sama rata.
Bukan senang nak membesar dan mendidik anak-anak.. Kena banyak berkorban dan bersabar.. Jiwa kena kental..
“Soalan demi soalan yang akan di tanya oleh orang keliling.. Siapa yang dah jadi Ibubapa je yang akan lebih faham, macamana
Dalam pada itu, Jasmin baru sahaja meraikan hari jadi Lukman yang ke-24 tahun.