Gara-gara mencipta akaun Tik Tok, pendakwah bebas dan penceramah selebriti, Pencetus Ummah (PU) Azman dikritik segelintir pihak kerana dikatakan sengaja melibatkan diri dalam perkara yang melalaikan.

Tidak mahu tindakan disalah erti, PU Azman tampil menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Menurut PU Azman, aplikasi tersebut hanyalah merupakan salah sebuah medium perantaraan dan terserah kepada diri sendiri untuk menentukan ‘content’ yang ingin dicari.

Ads

“Post pertama di tik tok. Cuba-cuba je.
Sikit-sikit dulu. Ada orang cakap tik tok tempat tengok dedah aurat. Memang tak dinafikan. Dedah aurat ni tak payah tunggu tik tok. Dalam semua media sosial pun ada.

“Kau yang tentukan niat kau pergi sana. Dah kau mencari, memanglah dapat.
Kau asik terperangkap dengan persepsi, tapi kau sendiri tak ubah,” tulisnya.

Ads

Reaksi tersebut dikongsikan oleh juara program Pencetus Ummah musim ke-2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang diberikan selain turut berharap agar lebih banyak ‘content’ menarik yang akan dikongsikan oleh PU Azman selepas ini.

Ads

“Dah Kau Mencari, Memanglah Dapat,”- Dikritik Gara-Gara Buka Akaun Tik Tok, Ini Penjelasan PU Azman “Dah Kau Mencari, Memanglah Dapat,”- Dikritik Gara-Gara Buka Akaun Tik Tok, Ini Penjelasan PU Azman

Terdahulu, PU Azman mengumumkan dirinya bakal tampil dengan telemovie terbaru berjudul Petaka yang akan bersiran disaluran Astro First.

Sumber: Instagram PU Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI