Pelakon Elizad Sharifuddin ada memuat naik sekeping gambar di laman media sosial Instagram miliknya memaklumkan suaminya, Shamsul Baharin Rahman diserang penyakit demam denggi, minggu lalu.
Di samping itu, bintang drama bersiri Puteri Yang Ditukar itu meluahkan rasa syukur kerana suaminya kini sudah kembali sihat seperti sedia kala.
“Salam & Hi korang . Aaaa , Seminggu lepas x keluar , husband denggi , Alhamdullillah dah keluar hospital & dah baik . Hari ni baru ada masa nak keluar , jalan2 cari makan .
“Cuaca masih lagi x hokayhhh , pls stay inside the building , jgn expose sgt kat luar ya ! Jaga kesihatan , love,” tulisnya.
Untuk rekod, Elizad telah mendirikan rumah tangga bersama pada 11 Januari 2015.
Foto : Instagram Elizad