MH ingatkan isu berkaitan dengan berat lebih ’60KG’ dah tamat, tetapi rupa-rupanya masih ramai yang belum habis membawang pereka stail, Zaihani Mohd Zain.
Terdahulu, Zaihani menerima kecaman teruk berikutan kenyataannya terhadap mereka yang mempunyai berat lebih daripada 60KG tidak layak untuk ke fesyen ‘show’ kerana menggangu orang yang duduk di sebelah.
Semalam pula, Zulin Aziz ada memuat naik foto di laman Instagram miliknya bersama Zaihani di laman Instagram miliknya.
“Saya tetap serasi dengan warna hitam,” tulisnya.
Walaupun kapysen foto tersebut tiada kaitan langsung dengan Zaihani namun disebabkan dia berada di dalam foto tersebut, teruk juga kecaman netizen yang diterimanya.
Amboi ingatkan kes ni dah selesai tapi nampak ya masih segar diingatan mereka ya…
Pada MH, ‘buang yang keruh ambil yang jernih’. Tak perlu lah nak hidup di masa lampau dan cuba ‘move on’ atau cari isu lain untuk membawang ya. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI