
Menjawab keitikan netizen kerana keterbukaannya di dalam berbicara soal ‘dara’ selain hal dalam kain, Safiey Illias memberikan reaksi.
Menerusi rakaman video yang dikongsi di laman Instagram, Safiey atau Syinta menegaskan dia hanya menjawab soalan netizen.
“I nak cakap sikitla dekat netizen kat luar sana.
“Korang marah Syinta cakap fasal hal peribadi wanita. Dah korang tanya I jawab.
“Kalau korang tak tanya, I tak jawab.
“Kalau tak nak I menjawab, jangan bertanya
“I ni jujur sayang. U Faham tak. Lain kali jangan tanya. I dah jawab.
“Bila I dah jujur, korang marah pulak. Haaa sentap,” katanya.
Jelas netizen, tidak semua perkara boleh dikongsi lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan sensitiviti agama dan masyarakat.
Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Safiey.
Foto : Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dapat Sepentas Bersama Diva Malaysia,”- Ratu 2.0! Konsert Minggu Ini TV2 Satukan Siti Nordiana, Ella Dan Ziana Zain

Penyanyi Siti Nordiana atau sinonim dengan panggilan Nana ada memuat naik beberapa rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, Nana telah membuat persembahan bersama Ella dan Ziana Zain untuk rancangan Konsert Minggu Ini yang disiarkan di saluran TV2.
Dalam pada itu, penyanyi yang berusia 34 tahun ini meluahkan rasa gembira dan terharu apabila dia diberi peluang untuk membuat persembahan bersama artis idolanya.
“MasyaAllah bertuah sangat nana bila dapat sepentas bersama diva2 Malaysia . Ratu rock kak @ellaaminuddin , ratu pop kak @iamzianazain.
“Dua2 idola nana. Alhamdulillah dapat menumpang aura mereka
“Terima kasih pihak produksi bagi nana peluang yg x akan nn lupakan . Dan kehebatan dua diva ini yg tidak pernah sombong ,
“malah sangat humble membuatkan nn enjoy sgt bila bersama mereka . Loveeeeeee kak ella & kak ziana #sitinordiana #konsertmingguini #ella #zianazain,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on
Malah, peminat juga memuji penyanyi lagu Memori Berkasih ini kerana berjaya memberikan yang terbaik untuk persembahan konsert tersebut.
Video : Instagram Siti Nordiana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gembira Dalam Syukur, Jehan Miskin & Isteri Tak Sabar Tunggu Kehadiran Anak Pertama Selepas 8 Tahun Berkahwin

Sedang menanti detik bergelar bapa, pelakon Jehan Miskin, 41, dan isteri, Julie Camelia Rhee Abdullah, 36, akui tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulung mereka selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Jehan menerusi laporan Harian Metro berkata, mereka sebenarnya tidak terfikir menimang cahaya mata sebelum ini sehinggalah Julie menyatakan hasrat mahu menjadi ibu tahun lalu.
“Sebenarnya masa mula-mula kahwin, kami tidak fikir sangat soal cahaya mata kerana kami bahagia berdua.
“Namun, memikirkan kami sudah lama bersama, kami terbuka hati dengan idea (anak) itu beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih selepas bapa saya meninggal dunia.
“Tiba-tiba isteri menyatakan keterujaan betapa gembiranya dia jika memiliki seorang anak tahun lalu. Alhamdulillah, dia terus hamil pada minggu yang sama,” katanya.
Sambil menzahirkan rasa syukur, bintang filem Qaisy & Laila itu turut terkejut dengan berita gembira itu apatah lagi rezeki untuk timang zuria hadir dengan begitu pantas.
“Kami sebenarnya jangka usaha itu akan mengambil masa beberapa tahun. Namun, saya sangat bersyukur ia terus terjadi kerana saya pun sudah berusia 41 tahun.
“Lagipun, kami memang sudah bersedia untuk ada anak. Ia ibarat bonus kejutan di waktu pandemik ini memandangkan kita tidak dapat melancong ke luar negara,” katanya.
Terdahulu, Jehan berkongsi kegembiraannya tidak sabar menjadi bapa September lalu dan pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013.
Foto: Instagram Jehan Miskin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tak Nak Dia Minta Maaf Dekat IG, FB Atau Apa. Saya Nak Dia Bersemuka,” – Rita Rudaini

Susulan laporan polis yang dibuat pelakon Rita Rudaini terhadap seorang pengguna Instagram yang didakwa mempersoalkan sah taraf anaknya semalam, peguam Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan menegaskan apa yang berlaku secara langsung mencemarkan imej anak guamnya itu.
Syakirin ketika ditemui media menambah pihaknya memberi masa 14 hari kepada individu yang menggunakan nama akaun @ahmadsan81 di Instagram untuk tampil membuat permohonan maaf secara bersemuka atau hal ini akan dibawa ke tengah.
“Menurut kepada kenyataan yang dikeluarkan atau yang diberikan di ruangan komen, pernyataan tersebut adalah berunsurkan fitnah yang mana telah pun mencemarkan atau memberi kesan kepada maruah serta nama baik Puan Rita.
“Daripada pernyataan tersebut, pemilik akaun tersebut telah pun mempersoalkan taraf anak Puan Rita, jadi pernyataan tersebut telah pun ternyata telah disiarkan dan semua telah nampak kenyataan berkenaan.
“Disebabkan hal itu, laporan polis telah pun dibuat supaya tindakan selanjutnya boleh dibuat terhadap si pemberi komen,” katanya lagi.
Sementara itu, Rita pula meminta pihak berkenaan untuk tampil mohon maaf secara empat mata dan bukan menerusi media sosial.
“Dari sudut perundangan, kami akan berikan salam masa 14 hari, pemilik akaun tersebut tampil secepat mungkin untuk membuat satu permohonan maaf secara terbuka atas tindakan beliau.
“Dia kena berjumpa… saya tak nak dia minta maaf dekat Instagram, Facebook atau apa. Saya nak dia bersemuka dengan saya.
“Dia datang minta maaf dengan saya secara terbuka dalam masa tarikh yang ditetapkan. Kalau tidak ada, kita akan ambil tindakan,” pinta Rita.
Sebelum ini, menerusi Instagram milik Rita, seorang netizen meninggalkan komen mempersoalkan status sah taraf anak-anaknya pada salah satu foto yang dimuat naik.
“Entah anak-anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tulis pemilik akaun tersebut.
Difahamkan, pihak Rita sudah mendapat maklumat peribadi individu yang dimaksudkan, lengkap dengan nama, nombor telefon serta gambarnya.
Rita tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kota Damansara, kira-kira jam 3.00 petang, pada Isnin.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI