“Dah la Cantik, Lawak ,Pandai Buat Cookies Pulak Tu…”- Versatil, Siti Elizad Kena Puji

Share

Pelakon Elizad Sharifudin telah memuat naik satu video di laman media sosial Instagram miliknya.

Walaupun dalam kesibukan berniaga di bazar ramadan, Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Mohamed Sharifuddin turut sibuk berada di set pengambaran.

“Ada ni busy shooting sambil buat kuehhh raya kat umah Datin @halimahmohammad Aduhhhh , siapa kat sini yg masih buat biskut raya sendiri ? Meh share IG korang .”

“Nnt kita intai2 tau ! Anyway , arini buat red velvet tersedap ! Tapi kul 2 dah start Roti John NZ kita mcm biasaaaa ! Awummm ! @elizad_team#puteriyangditukar #80episod #Astro”tulisnya.

Menerusi rakaman video tersebut, telah memaparkan pelakon yang berusia 34 tahun itu sedang membuat biskut raya.

Lantas, pelakon yang pernah membintangi dalam drama bersiri Syurga Yang Kedua itu telah mendapat pujian daripada peminat.

Rata-rata peminat memuji Elizad yang dikatakan serba serbi lengkap dari segi rupa paras dan mahir membuat biskut raya.

Untuk rekod, Elizad telah mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.

Video : Instagram Elizad Sharifuddin

Published by
Nazar Rafiqhi