Bagi penonton setia drama bersiri Kampung People, sudah pasti mengenali dengan watak Laila yang dilakonkan oleh Riena Diana dan watak Jaafar lakonan Hun Haqeem.
Baru-baru ini, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana ada memuat naik sekeping foto bersama Haqeem di akaun Instagram miliknya berserta ucapan hari jadi kepada aktor tampan berkenaan.
“Hm walaupun jekfer dah patahkan hati lailer, lailer kena jugak wish HAPPY BELATED BIRTHDAY DEKAT SI JEKFER NI @hunhaqeem . Dah la kampung people last episode rabu ni lagi lah i is BENCI!! .
“Siapa nak #Kampungpeople season 2 angkat tangan?Biar i bodek director/scriptwriter i untuk sambung @wanhaslizawz,” tulisnya.
Andai kedua-dua anaknya kini masih hidup, Muhammad Eddie Zuhdie kini sudah berusia 17 tahun manakala anak keduanya, Muhammad Edrie Zikrie menginjak 16 tahun.
Bagaimanapun, Yang Maha Pencipta lebih menyayangi mereka berdua…
Luahnya, walaupun reda dengan ujian yang diberikan, namun jauh ke lubuk hati, ada kalanya sukar mengelak daripada persoalan ‘kalaulah’.
“INI HARTA SAYA. HARTA DUNIA. HARTA AKHIRAT.
“2 ARWAH… MUHAMMAD EDDIE ZUHDIE(17 TAHUN), MUHAMMAD EDRIE ZIKRIE (16 TAHUN) kalau masih ada.
“NUR EDLYNN ZAMILEEN (14 TAHUN)
MUHAMMAD ERIC ZECQUAN(12 TAHUN).
“ALLAH LEBIH MEMGETAHUI, PERANCANGAN ALLAH TIADA SIAPA YG TAHU.
Mengimbau kembali tragedi hitam yang berlaku, anak pengasas produk kosmetik ini meninggal dunia dalam kebakaran di sebuah rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru pada 3 Ogos 2013.
Mayat Eddie, 11, dan Edrie, 10 ditemui di bilik mandi selepas kebakaran yang berlaku pada pukul 9.20 malam.
Foto : Instagram Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar mengakui dia belum terfikir mengenai soal teman baharu selepas berpisah dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof pada 5 September lalu.
Menurut Ira atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, keutamaannya kini adalah untuk memberikan fokus terhadap bidang nyanyian menerusi single sulung berjudul Tak Kisah di samping Alan D.
“Saya belum terfikir lagi mengenai soal jodoh. Jadual kerja saya tengah padat sekarang, jadi belum terfikir ke arah itu.
“Tapi insya-Allah. Manalah tahu suatu hari nanti jodoh akan ada lagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Hi-Tea Anthon’s Leather, di One World Hotel, Petaling Jaya, pada Selasa.,
Mengenai hubungannya yang masih lagi baik dengan Syamsul, Ira menjelaskan, mereka berhubung hanya atas urusan tertentu.
“Bukannnya berhubung untuk saja-saja, tetapi bersebab.
“Misalnya mengenai kes di antara kami, apa yang perlu dibincangkan di luar mahkamah. Benda-benda yang seperti itu.
“Bukannya macam borak-borak kosong ke, tiada. Itu sahajalah… Macam itu sajalah, alhamdulillah.
“Kita tak nak gaduh-gaduh, tak suka… penat,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Ira kini dalam proses menyiapkan muzik video single pertamanya itu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama Dr. Diddy Hirdy bukanlah asing dalam dunia seni tempatan. Bekas peserta Akademi Fantasia 4 ini mencipta namanya yang tersendiri apabila menjadi salah seorang selebriti tempatan yang memiliki gelaran Doktor Falsafah (Phd).
Kini berkhidmat di Universiti Utara Malaysia (UUM), pemilik nama penuh Syamsul Hirdi bin Muhid ini baru sahaja diangkat sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) bermula 1 Januari yang lalu.
Ketika ditemui di SCIMPA, terlihat ruang pejabatnya yang masih lagi kosong dan belum dihias kerana masih baru diduduki.
“Ini satu transisi yang sangat mengejutkan bagi saya sebagai ahli akademik yang masih baharu. Saya bergelar pensyarah kanan pada 2021 dan saya anggap pelantikan ini satu lonjakan yang sangat drastik dalam karier saya selain satu pencapaian yang sangat besar,” kongsinya kepada MH.
Diberi kepercayaan sebagai barisan pengurusan, Diddy menganggap bahawa lantikan tersebut sebagai satu tanggungjawab besar selain pencapaian bagi dirinya.
“Pelantikan ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar. Saya perlu berurusan mengenai hal ehwal pelajar termasuklah berkaitan kebajikan dan akademik mereka.
“Saya jenis yang buat kerja dan biar hasil yang bercakap untuk kita dan orang akan melihat hasil kerja kita. Tak pernah dalam doa dan cita-cita saya untuk memegang jawatan tertinggi di pusat pengajian ini,” ujarnya apabila ditanya soal tanggungjawab yang digalas.
Walaupun sibuk dengan kerjaya dalam dunia akademik, dunia nyanyian tidak pernah dilupakan. Diddy masih lagi aktif menyanyi dan memenuhi undangan persembahan untuk majlis-majlis yang diadakan di sekitar negeri-negeri utara tanah air.
Apabila ditanya adakah akan ada buah tangan terbaharu darinya, pelantun lagu Hilang ini berkongsi yang dia masih dalam perancangan untuk menghasilkan lagu baharu.
“Saya masih lagi mencari formula atau strategi bersesuaian. Saya dah berbincang dengan rakan-rakan. Dr Azmeer pun ada beri satu lagu dan Dr Fitri Haris pun mahu hasilkan lagu untuk saya.
“Saya mungkin akan menampilkan lagu balada tetapi untuk comeback kalau ada peluang pengisiannya mungkin berbeza. Bukan sekadar tentang cinta tetapi perkara yang lebih holistik dan menyeluruh serta memberi impak yang positif kepada manusia,” jawabnya ringkas.
Imbas kembali, ahli akademik dan anak seni yang kini berusia 39 tahun ini memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Muzik pada 2022 dari University of Liverpool. Di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula, dia merupakan lulusan UUM dalam jurusan Komunikasi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!