Bagi penonton setia drama bersiri Kampung People, sudah pasti mengenali dengan watak Laila yang dilakonkan oleh Riena Diana dan watak Jaafar lakonan Hun Haqeem.

Baru-baru ini, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana ada memuat naik sekeping foto bersama Haqeem di akaun Instagram miliknya berserta ucapan hari jadi kepada aktor tampan berkenaan.

“Hm walaupun jekfer dah patahkan hati lailer, lailer kena jugak wish HAPPY BELATED BIRTHDAY DEKAT SI JEKFER NI @hunhaqeem . Dah la kampung people last episode rabu ni lagi lah i is BENCI!! .

“Siapa nak #Kampungpeople season 2 angkat tangan?  Biar i bodek director/scriptwriter i untuk sambung @wanhaslizawz,” tulisnya.

Di samping itu, rata-rata peminat memuji lakonan gandingan Riena dan Haqeem yang sangat menghiburkan dalam drama tersebut.

Sekadar informasi, pelakon tampan Haqeem telah dilahirkan pada 7 Januari 1998 di Kuching, Sarawak.

Sekadar informasi, episod terakhir untuk drama Kampung People ini bakal ditayangkan pada jam 9 malam di slot Lestary, TV3 hari ini.

Foto: Instagram Riena Diana