Hiburan

“Dah La Kena Kencing…,” – Produser Hilang Bila Nak Claim Payment? Nabila Huda Tetap Profesional Promote Drama

Share

Pelakon, Nabila Huda kecewa dengan sikap pernerbit drama Pelangi Yang Hilang yang dikatakan masih membisu mengenai beberapa tuntutan melibat bayaran yang telah dijanjikan lebih awal.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Abil, pihak penerbit juga dikatakan tidak telus mengenai peranannya sewaktu melakonkan drama tersebut.

“Haa ini lah drama yang dulu saya shoot sampai kesudah producer tak bayar claim tol, minyak dan wardrobe. Dah la kena kencing kata supporting.

“Kita pulak fikir, kesian tiada budget. Tak boleh nak bayar ikut rate. Jadi, mintalah production sediakn baju. Lepas tu, kesiankan lagi.

“Tolonglah belikan baju, dapatkan wig semua untuk character ni sebab kata boleh claim,” tulisnya.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh anak kepada penyanyi lagenda, Amy Search itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, dia juga sudah memberikan waktu yang agak penjang untuk pihak penerbit menyelesaikan masalah tersebut namun, sehingga kini dia masih belum mendapatkan sebarang respon.

“Maklumlah, kita pula sejenis semangat. Buat kerja bersungguh-sungguh. Babak pula bukannya sikit.

“Hujung-hujung tiada khabar berita untuk claim. Alih-alih cerita dah nak keluar,” kongsinya lagi.

Bagaimanaun, Abil dilihat kekal professional dan terus mempromosikan drama tersebut yang akan ditayangkan di TV3, Ahad ini.

“Beginilah kehidupan tuan-tuan dan puan-puan. Apa-apa pun, jangan lupa saksikan drama #Pelangiyanghilang hari Ahad ni, 10pm di @tv3malaysia ok.

“Walaupun kena scam, she tetap jalankan tanggungjawap tau,” akhirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tahap profesionalisme Abil selain turut mendesak penerbit untuk segera melunaskan pembayaran.

“Sakit bila kita ikhlas dan bersungguh-sungguh tapi akhirnya diambil kesempatan macam ni kan? Tak mengapa sis. Allah nampak keikhlasan awak. Balasannya pasti akan ada kejayaan buat you selalu amin,” komen pelakon Nur Fazura.

“Produser yang hilang. Anjir,” balas pelakon Azhan Rani.

“Boleh pula ya produser buat awak macam tu Abil. Tak berkat duit menganiaya orang ni,” komen seorang netizen.

“Dedikasi tetap ada. She professional,” komen seorang netizen.

Terdahulu, hasil pemerhatian MH, penerbit drama Pelangi Yang Hilang ialah Wiranusa Corperation Sdn. Bhd.

Selain Nabila, drama ini turut dibintangi oleh Luqman Junaidi, Danish Hazriq dan Asheeqa Maleeyka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredir Foto: Instagram Nabila Huda

Published by
Aizam Manaf