
Nama penyanyi dan pelakon Alif Satar telah mendapat pujian daripada netizen di laman media sosial Twitter apabila ada seorang individu yang telah memuji Alif.
“Alif satar ni dah la hansome, suara sedap, pandai berlakon, sukan pun active, kaya, wife & kids pun dah ada.
“Complete betul life dia. I wish dapat wife macam alif,”tulis individu berkenaan.
Alif Satar ni dah la handsome, suara sedap, pandai berlakon, sukan pun active, kaya, wife & kids pun dah ada. complete betul life dia. I wish dapat wife macam alif ??? https://t.co/RCgdHRHv2m
— Addam Darshan (@AdwinWidanta) April 8, 2019
Lalu, pujian individu tersebut telah mendapat perhatian dan pujian daripada netizen di laman media sosial tersebut.
Rata-rata netizen telah memuji penyanyi yang berusia 28 tahun itu yang dikatakan serba serbi lengkap dengan kebahagiaan dan sebagainya.
Di samping itu, netizen juga turut mengharapkan dikurniakan seorang lelaki seperti Alif yang bersikap penyayang.
Foto : Twitter Addam Darshan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“6 Bulan Macam Orang Gila, Mandi Pun Tak Nak, Tidur Tak Menentu,” – Safiey Illias Cerita Pernah Alami Bipolar Disorder

Usahawan, Safiey Illias mendedahkan pernah mengalami depresi dan Bipolar Disorder iaitu seterusnya yang menyebabkan emosi berubah-ubah.
Sambil menzahirkan ucapan terima kasih buat kedua orang tua yang banyak menyokong, usahawan ini juga mengakui hal tersebut menyebabkan dirinya bagaikan tidak tentu arah selama enam bulan.
“Sayang mak dan ayah. Semoga mak dan ayah saya sentiasa sehat dn mendapat redha Allah. Terima kasih mak dan ayah sebab sentiasa ada waktu susah dan senang.
“Sewaktu saya depresi, bertarung dgn bipolar disorder, mak dan ayah puas hantar berubat sana sini. Igt lg jam 3 pagi tebangun tido, mak tgah baca yaasin. Baru lepas solat hajat dan tahajud. Bagi saya minum mgharapkan saya sihat. Boleh bisnes mcm biasa.
“6 bulan mcm org gila, blur. Mandi pun xnk . Makan ikut mood. Tidur x menentu. Ada kala mood happy, ada kala mood boleh jd marah2 dan sedih tiba2.
“Saya jadi lara. Saya jadi lain sgt2. Anti sosial. Takut jumpa org. Tak ada keghairan pada apa jua aktiviti.
“Lama saya sturggle nak cari diri saya yg dulu, nak cari happy yg dlu. Ditimbun dgn pelbagai masalah dan beban serta pengkhianatan,” kongsinya.
Berkat doa dari kedua orang tuanya, usahawan kosmetik itu bersyukur kerana kesihatannya kembali normal dan stabil.
“Hari2 mak ayah doa, harap cpt sihat. Boleh bisnes balik. Belum campur dgn segala unsur santau dan sihir. Mcm2 lah saya hadap.
“Tapi akhirnya saya makin pulih alhamdulillah. Dan saya terus bangkit bila melihat muka mak dan ayah. Sampai bila dibelenggu depresi ini. Tak akan hari2 fikir bila Izrael nak datang menjemput mati.
“Masa tu mmg dh x ada harapan. Nk bahagia mahupun berjaya. Mereka, terus tertawakan saya.
“Sabarlah, esok pasti akan ada pelangi muncul. Bukanlah sekadar mgharap Izrael bertanya khabar. Doakan saya sihat dan boleh bisnes semula, Amin !,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by SAFIEY ILLIAS (@safieyillias94) on
Terdahulu, Safiey Illias pernah meluahkan perasaan menerusi Instagram apabila hilang keyakinan berdepan dengan media sosial kini.
Foto : Instagram Safiey Illias
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diam Tak Diam Lebih 11 Tahun Maya Karin ‘Single’, Akui Diintai Beberapa Lelaki, Termasuk Jejaka Australia

Pelakon Maya Karin tidak menafikan dirinya ada didekati beberapa orang lelaki tempatan termasuk seorang jejaka dari Australia sejak kembali solo pada tahun 2010.
Bagaimanapun, bintang itu mengakui ketika ini, dia lebih selesa berkawan kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjayanya.
“Ya, sejak kembali single ada lelaki yang cuba mendekati dan nak kenal-kenal. Ada lelaki tempatan, dan yang agak serius nak kenal saya ialah seorang jejaka asal dari Australia.
“Cuma buat masa ini saya lebih selesa untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya terlebih dahulu.
“Lagipun sekarang ini saya terlibat dengan sebuah pementasan teater serta beberapa karya seni yang sedang saya fokus dan itu menjadi keutamaan saya,” katanya.
Maya mendedahkan perkara tersebut ketika sesi Instagram (IG) Live Bersama Penggiat Seni, anjuran Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) menerusi topik Aku Pelakon Terbaik, malam tadi (Isnin).
Sesi tersebut diadakan sempena Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM31) yang akan berlangsung pada 10 Disember depan.
Sebelum ini, Maya pernah mendirikan rumah tangga dengan lelaki Itali, Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sebelum berceai talak satu serta tidak dikurniakan cahaya mata.
Sementara itu, penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) sebanyak dua kali menerusi filem Anak Halal (FFM21) dan Ombak Rindu (FFM25) itu juga ada berkongsi mengenai anxiety disorder yang dihadapi.
Menurut Maya, disebabkan perkara itu, dia gagal untuk mendapatkan watak dalam teater muzikal Puteri Gunung Ledang dan filem Crazy Rich Asian.
“Masa uji bakat, saya tak boleh buat dengan baik sebab serangan anxiety. Tangan saya menggigil, berpeluh dan perasaan ketika itu tak stabil.
“Tetapi sekarang ini saya sudah boleh mengawal anxiety saya. Memang betul saya ada rujuk kepada doktor mengenainya,” kata Maya.
Mengangkat topik, Aku Pelakon Terbaik, sesi Live IG itu dikendalikan moderator yang juga dua editor hiburan, Saharudin Mohd Musthafa dan Roslen Fadzil.
Selain itu, beberapa sesi Live IG turut pemain terkemuka industri seni akan diadakan sepanjang sembilan hari, bermula 20 November hingga 29 November depan.
Selain topik Aku Pelakon Terbaik, dua lagi topik diketengahkan iaitu Jadi Pengarah Tanpa Gagal membabitkan Syamsul Yusof, Mawi dan Yana Samsudin. Manakala topik How To Make A Drama Go Viral – The Magic Formula pula menampilkan Datuk Ziela Jalil, Datuk A Aida dan Fadzil Teh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kan Manis Bertudung….”- Tiada Baju Seksi, Tasha Shilla Kongsi Gambar Bertudung, Ramai Yang Puji

Menerusi di laman media sosial Instagram milik pelakon Tasha Shilla telah berkongsi beberapa keping gambar ketika dia memakai tudung.
“Hidup dengan penuh kasih sayang bersama-sama dengan orang-orang yang tulus menyayangi. @minimalace”
View this post on InstagramA post shared by Tasha Shilla (@tashashilla) on
View this post on InstagramA post shared by Tasha Shilla (@tashashilla) on
Lantas, Tasha Shilla atau nama sebenar Natasha Sheila Abd Razak telah menerima pujian daripada peminat kerana kelihatan sangat manis apabila memakai tudung.
Alahai, memang sangat manis apabila Tasha memakai tudung. Apa pendapat korang?
Foto : Instagram Tasha Shilla
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI