Semalam, separuh akhir Gegar Vaganza 5 (GV5) berlangsung semalam. Apa yang menjadi perhatian ialah, bayangan penaja utamanya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tidak kelihatan menimbulkan pertanyaan penonton.
Lalu, ada yang membuat spekulasi Aliff merajuk setelah dikecam atas insiden terlanjur kata minggu lalu.
Bagaimanapun, Aliff menafikan perkara tersebut dan menerangkan sebab sebenarnya.
“Saya hanya mengikut arahan, pihak pengurusan saya menasihati saya supaya tidak memunculkan diri maka saya hanya ikut kehendak mereka.
“Lagipun nanti orang kecam saya kata saya ini sotong lah, ketamlah, timunlah. Malas! Kau makanlah timun kau sendiri.
“Saya ini ada orang jaga, saya lelaki ada perasaan…tak boleh main pergi je. Kena ikut pihak pengurusan. Nak cakap lebih pun, tak boleh. Jadi tunggu saja sidang media saya nanti,” katanya kepada MH pada sesi Live di FB.
Aliff berkata demikian ketika ditemui di sesi pemberian zakat kepada pelajar yang memerlukan, hari ini di Sungai Buloh,Selangor.
Katanya lagi, dia turut memjawab isu yang diperkatakan ramai mengenai pandangannya terhadap peserta yang terkeluar minggu lalu.
“Saya sebagai penaja hanya memberikan komen peribadi. Pada saya ada yangsepatutnya terkeluar jadi kenapa juri tak dengar betul-betul?
“Saya pun cakap secara umum, tak bagi tahu nama apa pun,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aliff juga berkongsi bakal muncul dengan single terbaru yang dibuat khas buat pada ‘haters’nya. Namun, setakat ini tidak diberitahu tarikh lagu tersebut akan menemui pendengarnya.
Jom ikuti sedutan FB Live bersamanya awal petang tadi.
Foto/Instgaram: DS Aliff Syukri