Hiburan

“Dah Lama Tak Dapat Respon Macam Ni,” – Drama ‘Menanti Senja’ Trending, Johan As’ari Syukur Masih Dapat Watak Hero

Share

Drama Menanti Senja yang bersiaran selama 15 episod telah pun melabuhkan tirainya pada Isnin.

Rata-rata penonton memberikan respon postif dengan kualiti lakonan yang ditunjukkan oleh barisan pelakon seperti Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Kodi Rasheed.

Ketika ditemui MH baru-baru ini, Johan akui tidak menyangka drama ini bakal memberikan impak yang besar buat peminat sehingga trending di media sosial.

“Saya tak jangka impak yang diterima melalui drama ini. Ia turut trending di platform media sosial seperti Tik Tok. Ramai juga yang membanjiri ruangan komen saya untuk bercakap tentang drama ini.

“Sudah lama saya tak tidak mendapat respon seperti ini. Saya bersyukur kerana drama ini diterima ramai.

“Menurut Johan, karya ini juga merupakan hadiah buat peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya di kaca tv

“Sebenarnya sudah hampir lima tahun saya tidak muncul di drama televisyen terutamanya TV3. Pada saya, rezeki saya belum tiba pada waktu itu.

“Namun, bila tiada rezeki di tv, rezeki saya ada di filem seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa. Tumpuan beralih kepada filem.

“Saya tak terasa hati. Sebaliknya, ini merupakan hadiah buat peminat.Saya menghargai apa sahaja peluang yang diberikan kepada saya,” ujarnya lagi.

Ditanya adakah dia agak selektif dalam pemilihan naskah, ini respon yang diberikan oleh pelakon filem Juvana itu;

“Standart seorang Johan As’ari belum sampai ke tahap untuk memilih naskhah. Banyak lagi yang perlu saya belajar untuk menajamkan kualiti lakonan.

“Saya tak pernah terfikir untuk menolak sesebuah karya melainkan watak itu benar-benar tak sesuai dengan saya contohnya watak slapstick,” ulasnya lagi

Pada masa sama, Johan akui teruja apabila berpeluang berkerjasama dengan barisan pelakon baharu di dalam drama arahan pengarah Faizal Nadzaman ini.

“Walaupun saya dah berlakon hampir 12 tahun, saya masih diberi peluang menjadi hero. Umur pun dah masuk 38 dan heroin datang daripada generasi baharu. Saya rasa bertuah sangat.

“Alhamdulillah, para pelakon baharu ini semua baik-baik orangnya dan mempunyai kesungguhan. Mereka punyai aura-aura positif. Bila datang ke set, mereka buat sehabis baik.

“Kita kena sentiasa beri peluang terhadap kedatangan para pelakon baharu ini,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Aizam Manaf