Kecoh di laman sosial sejak semalam apabila beberapa potong video yang merakamkan aksi beberapa orang gadis yang didakwa turut terlibat menerusi program Dewi Remaja baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan, ada di antara mereka yang dikatakan mengambil minuman keras sambil bersuka-ria bersama teman-teman.
Meski kualiti video tidaklah terlalu jelas, bagaimanpun ada yang mendakwa ia melibatkan beberapa orang finalis Pencarian Dewi Remaja edisi terbaru.
Juara terdahulu, Raysha Rizrose ketika dihubungi MH bagi mendapatkan pandangannya terhadap isu ini menegaskan, sekiranya benar dan sahih mereka merupakan individu yang dimaksudkan, perkara itu sama sekali tidak seharusnya berlaku.
“Semestinya perkara tersebut boleh menjejaskan reputasi dan tidak sepatutnya berlaku, kalau benar seperti apa yang didakwa sesetengah pihak.
“Saya tidak mengetahui akan hal tersebut sehinggalah ia dikongsikan oleh beberapa kenalan sejak semalam, bertanya sama ada saya tahu atau tidak mengenai isu terbabit.
“Bagaimanapun apabila melihatnya sendiri, saya rasa terkejut kerana ada yang mendakwa ia turut melibatkan peserta edisi Dewi Remaja. Akan tetapi, lokasi di dalam video itu agak gelap. Jadi kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya.
“Tidak boleh juga untuk tuduh melulu. Sebaiknya dapatkan penjelasan dari pihak produsksi atau si empunya badan terlebih dulu. Apa pun, saya percaya setiap yang berlaku pasti ada penjelasannya,” katanya kepada MH sambil mengharapkan semuanya dapat diselesaikan cara baik.
Pada masa sama, adik kepada Uqasha dan Nelydia ini juga berpendapat, ia bukanlah mengenai individu yang dikatakan terlibat, sebaliknya pembinaan jenama itu sendiri yang cukup baik.
“Ia tidak hanya ditujukan kepada individu seperti yang didakwa, tetapi kalau dikenangkan kembali, jenama ini memang cukup positif dan memberi inspirasi sejak sekian lama,” jelasnya.
Terkini, pihak Remaja di bawah payung Nu Ideaktiv menerusi Instagram ada memberikan kenyataan awal berhubung isu berkenaan.
“Selaku pemilik jenama Dewi Remaja, Nu Ideaktiv memandang serius terhadap video yang didakwa melibatkan peserta-peserta Dewi Remaja 2018/19.
“Perkara ini dalam siasatan kami dan tindakan yang sewajarnya akan diambil ,” kongsi kenyataan berkenaan.
Sehngga kini, 10 individu telah dinobatkan sebagai Dewi Remaja sebelum ini, dan kebanyakannya turut terlibat dalam dunia seni lokal.
Bermula dengan Tengku Anis Tengku Ismail (1985/86), Aleeza Kassim (1987/88), Jasmeen Dhillon (1990/91), Wan Khatijah (1993/94), Juliana Banos (1997/98), Annahita Bakavoli (2002/03), Scha Al-Yahya (2005/06), Neelofa (2009/2010), Raysha Rizrose (2014/15) dan tekrini Haneesya Hanee (2018/19).
Foto: Instagram Raysha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI