“Dah Letih Diperlekehkan,” – Tabah Hadapi Ujian, Amelina Wanita Kuat!

Share

Penyanyi dan pelakon, Amelina ada memuat naik satu rakaman video di akaun Instagram miliknya, beberapa hari yang lalu.

Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin meluahkan perasaannya sebagai seorang ibu tunggal dalam membesarkan kesemua permata hatinya.

Kongsi penyanyi lagu Asyik ini, dia tetap berusaha keras mencari rezeki demi tanggungjawab terhadap anak-anak.

“Lagu Janda Anak Enam ni mmg kaklong buat khas untuk motivate diri kaklong.

“Kaklong dah letih di perlekehkan dah letih direndahkan.

“Siapa kata kaklong tak kuat? dlm sakit2 kaklong gigih pergi rehearsal untuk show yg akan datang .

“kerana apa? untuk mencari sesuap nasi , menumpang mencari rezeki untuk anak2 di bumi Allah ini.

“So hangpa jangan lupa ..kaklong akan berada

#PestaPulauPinang2019 akan berlangsung pada 8 Disember Ahad ini. Orang Penang kita jumpa di sana!,” tulisnya panjang lebar.

Dalam pada itu, peminat turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi kelahiran Nilai, Negeri Sembilan ini supaya terus cekal dalam mengharugi dugaan kehidupan.

Terdahulu, Amelina diijabkabul bersama usahawan Reduan Mahamood pada 20 Mei 1999 dan dikurniakan 6 orang cahaya mata.

Bagaimanapun, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada tahun 2014.

Video: Instagram Amelina

Published by
Nazar Rafiqhi