
Ketika ini, pelakon Nadia Brian sedang berliburan di Tokyo, Jepun.
Lantas, momen indah di ‘negara matahari terbit’ itu, dikongsikan Nadia di akaun Instagramnya.
View this post on InstagramKoniciwa ?? Makeup: @iamjijaanuar , hairdo: @hafiztaharim , styling @aju_ahmad ❤️❤️❤️
A post shared by Nadd? (@nadia.brian) on
View this post on InstagramKoniciwa ?? Makeup: @iamjijaanuar , hairdo: @hafiztaharim , styling @aju_ahmad ❤️❤️❤️
A post shared by Nadd? (@nadia.brian) on
Gambar tersebut melihatkan Nadia mengenakan baju ala-ala anime, mini skit dan stokin jarang berwarna hitam.
Pelakon berusia 28 tahun itu juga ada berkongsi video yang memaparkan gelagat Nadia yang sedang berjalan di tengah-tengah kota raya itu.
View this post on InstagramWe can’t waste time worrying about what if ❤️
A post shared by Nadd? (@nadia.brian) on
Menerusi ruangan komen pula, netizen memuji kecomelan pelakon Cinta Tanpa Henti itu.
Foto/Video : Instagram Nadia Brian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Teruskan Berjuang & Jagalah Disiplin,” – Elisya Sandha Beli Kereta Baru, Fasha Sandha Bangga Kejayaan Adik

“Teruskan Berjuang & Jagalah Disiplin,” – Elisya Sandha Beli Kereta Baru, Fasha Sadha Bangga Kejayaan Adik
Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa bangga dengan kejayaan adiknya, Elisya Sandha yang baru sahaja memiliki kereta baru jenama antarabangsa, Volkswagen.
Di samping itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini ada menitipkan kata nasihat kepada Elisya untuk terus menjadi seorang pelakon yang berdisiplin.
“Teman baby sister for her new car. Congratulations proud of you. Teruskan berjuang dan jagalah disiplin. Pasti sukses sampai bila2 @elisyasandhaofficial #iburayfalrayshaaisha,” tulisnya.
Dalam pada itu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Mohd Faisal menitipkan ucapan terima kasih kepada Fasha yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada dirinya untuk hidup berdikari.
“Alhamdulillah, you taught me how to be independent. Thank you,” tulisnya.
Sekadar informasi, Elisya, 21 telah mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sekitar tahun 2014.
Foto: Instagram Fasha Sandha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Dan Terima Kasih,” – Ras Adiba Radzi Dilantik Profesor Adjung Universiti Kebangsaan Malaysia

Senator Datuk Ras Adiba Radzi merupakan seorang figura yang memberi inspirasi kepada kita semua. Dari seorang yang berpengaruh di dalam bidang penyiaran sebagai seorang pembaca berita, wartawan penyiaran dan pengacara beliau kini merupakan seorang senator di dalam Dewan Negara yang memperjuangkan suara dan hak orang kurang upaya (OKU).
Terbaharu beliau telah dilantik sebagai Profesor Adjung Pusat Kajian Psikologi Dan Kesejahteraan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram. “Alhamdulillah dan terima kasih kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerana melantik saya sebagai Profesor Adjung PSITRA.
Pelantikan ini adalah tanggungjawab serta amanah yang besar untuk saya laksanakan. Akan saya berkongsi ilmu dan pengetahuan berlandaskan pengalaman diri, dalam melahirkan modal insan yang berkualiti, dengan izinNya,” ujarnya.
Untuk pengetahuan para pembaca, gelaran profesor adjung diberikan sesebuah universiti kepada individu bukan akademik yang dijemput untuk berkongsi kemahiran, ilmu dan pengetahuan kepada institusi pendidikan yang melantik mereka.
Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsiTra) merupakan salah satu daripada enam pusat di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan di Universiti Kebangsaan Malayisa.
Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk menjadi pelopor dalam penyelidikan yang memfokus kepada tiga aspek penyelidikan mengikut tiga kluster iaitu Kluster Kaunseling, Pengurusan Krisis dan Kebajikan Sosial, Kluster Kesihatan Mental dan Kualiti Hidup dan Kluster Pembangunan Manusia dan Tenaga Kerja.
Kepakaran dan hasil penyelidikan PsiTra menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat.
Tahniah Media Hiburan ucapkan kepada Datuk Ras Adiba Radzi di atas pelantikan ini.
Sumber gambar: Instagram Ras Adiba Radzi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “My Dad Dulu Selalu Suruh Try Jadi Pembaca Berita,”- Comel Tengok Gelagat Farah Nabilah

Pelakon Farah Nabilah ada memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, ada dipaparkan situasi pelakon yang terkenal dengan drama rantaian Titian Cinta itu sedang membaca berita di sebuah studio rakaman.
“I’m always clumsy when I try to focus on something My dad dulu selalu suruh try jadi news anchor.
“Alhamdulillah dapat peluang jugak baca berita walaupun…
“Tunggu okay Fawaa sebagai pembaca Komuniti Awani. Nanti la Fawaa update bila okay ! Terima kasih @501awani ! #KomunitiAwani”tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Kongsi pelakon yang berusia 27 tahun itu, bapanya sering minta dirinya untuk menjadi seorang pembaca berita.
Dalam pada itu, perkongsian Farah telah mendapat pujian daripada peminat.
Rata-rata peminat memuji Farah yang kelihatan sangat comel baca berita dalam rakaman video pendek berkenaan.
View this post on InstagramA post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on
Foto : Instagram Farah Nabilah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI