Pelakon Rita Rudaini mengakui semakin meningkat usia, dia kini sudah memasuki fasa kurang gemar untuk bergaul dengan orang lain.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, juga menulis dia sudah tidak kisah mengenai tanggapan orang terhadap dirinya.
“Dah makin berumur ni makin malas nak bercampur dengan orang dan dah tak kisah apa orang ank cakap pasal diri,” tulis Rita.
View this post on Instagram
Dalam hantaran itu juga, Rita turut memuat naik petikan hadis riyawat Imam As-Syafi’ yang berbunyi;
“Orang yang di belakangku membicarakan diriku, mungkin ia membahayakan duniaku, tapi yang jelas ia bermanfaat untuk akhiratku. Maka biarlah ia meneruskannya.”
Rata-rata netizen yang melihat hantaran tersebut bersetuju dengan pandangan Rita dan turut berkongsi perasaan sama seperti aktres tersebut.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Sama sis, saya kawan dengan suami dan adik-beradik saya saja.
“Setuju… tapi kadang pelik sesetengah orang ni, kita tak ambil tahu hal dia tapi dia asyiklah sibuk hal kita.
“Betul tu, dah meningkat usia ni malas dan nak ambil tahu hal orang. Kalut dengan diri sendiri saja.
“Dekatkan diri dengan Allah. Lantak pi orang asyik nak mengata tak untung apa pun. Malah dosa yang bertambah.
“Sama, abaikan orang lain. Jaga diri sendiri.
“Betul tu, makin berumur dah malas nak ambil tahu hal-hal remeh,” komen sebahagian netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI