Pelakon Ramona Zamzam mengkritik tindakkan individu-individu terkenal yang ketika ini memuat naik hantaran berkaitan konflik di Palestin hanya selepas nama mereka disenaraikan dalam gerakkan boikot.

Menurut Ramona, dia menyifatkan tindakkan itu sebagai tidak ikhlas kerana selama ini, mereka hanya berdiam diri meskipun mempunyai pengaruh media sosial yang besar.

“Saya suka dengan apa yang saya lihat sekarang. Sesetengah daripada anda tidak pernah pun membuat sebarang hantaran mengenainya (insiden di Palestin).

“Sekarang dah masuk list ‘Blockout’, baru terhegeh-hegeh nak upload. Nak tahu tak? Saya tak percayakan anda. Anda tak ikhlas dan tak pernah kisah.

“Saya tidak akan terpedaya dengan hantaran saat akhir kalian. Sekarang baru nak cakap fasal Gaza,” katanya.

Pandangan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Love Elsa itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Ads

“Dah Masuk List ‘Blockout’, Baru Terhegeh…,” – Ramona Zamzam Selar Individu Terkenal, Anggap Tak Ikhlas

Katanya lagi, mereka yang terkenal ini lebih mementingkan wang dan populariti berbanding mengambil peduli mengenai kekejaman yang berlaku di negara bergolak itu.

“Selama ini, setidak-tidaknya anda sepatutnya sudah menggunakan platform anda untuk bercakap mengenainya.

“Yelah, bukan anda yang dibunuh dan dibom. Yang anda kisahkan hanyalah duit dan popular. Kepada yang gilakan duit, anda tidak akan temui cinta sejati.

Ads

“Tak kisah langsung fasal anak-anak kecil yang mati. Tak nak kisah dan kalian lebih suka jalani hidup yang selesa. Berbakat atau tidak, kita lihat sendiri bagaimana anda jatuh,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Ramona turut menyeru orang ramai supaya memboikot dengan berhemah dan tidak bertindak secara keterlaluan.

“Dah Masuk List ‘Blockout’, Baru Terhegeh…,” – Ramona Zamzam Selar Individu Terkenal, Anggap Tak Ikhlas

Ads

“Dan netizen pun, tak payah la nak maki atau kecam di platform media sosial mereka. Jika anda benar-benar ikhlas nak memboikot mereka, lakukan dengan pfofesional. Tolong jadi orang yang bertamadun.

“Sama macam korang boycott starb, tapi drive thru pegi prank orang yang kerja dekat situ. Untuk apa? Tahu tak tindakan itu bodoh.

“Terpaling sucikah kau pegi kacau orang yang tengah kerja? Salah dah matlamat itu,” akhirinya.

Sekadar informasi, Ramona telah berkahwin dengan suami yang berasal daripada Palestin dan kini memiliki seorang cahaya mata.

Romona juga sering berkongsi mengenai keluarga mertuanya di platform media sosial.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI