Usahawan Datuk Seri Aliff Syikri baru-baru ini ada berkongsi aktiviti yang dilakukan bersama keluarga selepas sekian lama sibuk bekerja.
Ditemani isteri dan anak-anak, ahli perniagaan yang pernah muncul dengan beberapa single itu dilihat telah memancing ikan di kolam halaman rumah sendiri.
Malah, menerusi ruangan kapsyen, Aliff turut bertanya apakah hidangan yang sedap untuk disediakan bersama ikan Talapia.
“Nak makan ikan ni tak sampai hati, kalau nak masak ikan ni masak apa sedap. Hari ni sy dapat meluangkan masa bersama wife dan anak anak abang. Setelah sekian bz bekerja.
“Dan tak sangka hasil belaan ikan saya sangat besar. Terkejut @yusoffalqardawii_terlajaklaris tengok.
“Korang ada bela ikan juga ? Komen di bawah ikan apa yang korang bela. Kalau korang nak tengok sambungan video ni, korang boleh pergi ke Tv Youtube Terlajak Laris,” kongsinya lagi.
Selain itu, Aliff turut mendedahkan beberapa ekor ikan Arapaima yang dibelanya turut didapati mati setelah melompat keluar dari kolam.
“Dah mati dalam empat lima ekor sebab dia melompat ke atas. Tengah malam dia melompat, sebelah pagi baru sedar. Jadi kena letak jaring,” tambah isterinya, Datin Seri Nur Shahida.
Gelagat mereka turut mencuit hati warganet dan menerusi ruangan komen, ada yang berkongsi resipi menu.
Malah, tak kurang yang suka melihat gelagat anaknya yang teruja melihat ikan-ikan belaan.
Sehingga kini, video terbabit sudah pun mendapat tontonan lebih 700,000 kali.
Foto: Instagram Aliff Syukri