Kecoh semalam apabila video menunjukkan pelakon, Sharifah Sakinah dan Scha AlYahya berselisih faham di sebuah pertunjukan fesyen dilaporkan oleh media.
Dalam video pendek berdurasi 13 saat itu kelihatan ada dua lagi pelakon lain iaitu Ben Amir dan Sweet Qismina cuba meleraikan perselisihan faham tersebut.
Susulan itu, Sakinah kemudiannya memberikan komen terhadap isu tersebut menerusi laman Twitternya, lewat malam semalam.
“Pukimak punya michael ang . Dah mcm sajat dengan safie alias dah kita @schaalyahya . Apahal keluar awani ? Berapa ko bayar @MichaelAng38,” tulisnya.
Tweet tersebut kemudiannya dibalas oleh Michael.
“Apo ni??? Mmg kena hencap la!,” balas pengarah itu pula.
Apa pun, babak tersebut merupakan antara babak yang bakal dimuatkan menerusi drama pendek lakonan mereka berjudul Dua yang bakal bersiaran tahun hadapan.
Foto/Instagram: Sharifah Sakinah & Scha AlYahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Mengapa Bukan?,” – Sasha Akui Selesa Luah Perasaan Dalam Bahasa Inggeris, Jelaskan Apa Sebabya
Penyanyi dan pelakon, Sasha Saidin mendedahkan sebab mengapa dirinya memilih untuk meluahkan perasaan di dalam Bahasa Inggeris buat para pengikutnya di Instagram.
Anggota kumpulan Elite itu menjelaskan, meski dia mahur mahir berbahasa kebangsaan, namun ibunya yang merupakan guru Bahasa Inggeris yang memberi penekanan terhadap bahasa tersebut menyebabkan ia berlaku.
Malah, Sasha turut mendapat keputusan yang cemerlang menerusi mata pelajaran berkenaan.
“Bahasa Jiwa Bangsa. Sejujurnya saya lebih selesa meluahkan perasaan saya dengan menggunakan bahasa Inggeris. Tak mengapa bukan? Mungkin bagi saya apabila ditanya mengapa saya lebih gemar bercerita dalam bahasa Inggeris saya jadi hairan. Mengapa tidak?
“Saya bersekolah di SK (P) Bukit Bintang dari Darjah 1 sampai Tingkatan 5 dan boleh berbicara dan menulis dalam Bahasa Malaysia.
“Jawapannya mungkin kerana ibu saya merupakan seorang guru Bahasa Inggeris yang sangat cerewet dalam memastikan kami boleh menulis dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik? Yang pasti gred A saya berjaya perolehi untuk kertas 1119 yang mengikut piawaian British ‘O’ Levels adalah perkara yang harus baginya.
“Untuk mendapat keputusan itu bukan senang. Banyak buku Inggeris yang harus saya baca, lagi-lagi berbentuk kesusasteraan klasik. Tu belum termasuk berpuluh-puluh karangan saya harus tulis dan pembetulan yang disalin berulang-ulang kali setelah diperiksa,” jelasnya.
Lalu, ia secara tidak langsung membuatkan ibu kepada seorang cahaya mata ini untuk lebih cenderung menggunakan bahasa Inggeris selain Bahasa Melayu.
Pada masa sama, Sasha turut berkongsi mengenai sebuah kitab dengan terjemahan Inggeris yang cukup bermakna bagi dirinya.
“Hasil daripada itu saya menjadi lebih cendurung kepada penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan harian saya.
“Buku kitab Al Quran dengan penterjamahan Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali kepunyaan ibu saya adalah buku yang sangat istimewa bagi saya bukan sahaja kerana buku itu telah membimbingnya sebagai seorang muaalaf malah ia telah dapat membantu diri saya melalui kemurungan.
“Bermula dari situ saya mencari buku-buku khasanah pemikiran Islam dalam bahasa Inggeris di toko-toko buku sekitar Kuala Lumpur antaranya di @dakwahcornerbooks yang menjual buku-buku dan video-video cendekiawan serta ulama dari seluruh dunia memberikan perspektif Islam yang sangat optimistik dan membina.
“Bagi saya apa pun bahasa yang digunakan kita harus berbahasa dengan baik dan benar supaya apabila kita serasi dan sebati menyampaikan apa yang mahu disampaikan dari jiwa ianya tulus dan ikhlas.
“Bak pepatah “Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.” #p/s Teruja jumpa @dakwahcornerbooks cawangan Mekkah,” titip Sasha yang difahamkan baru sahaja selesai menunaikan umrah bersama suami tersayang.
View this post on InstagramA post shared by Princess Sayang (@sashasaidin) on
Foto: Instagram Sasha Saidin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pulut Panggang Gamit ‘Memori’ Hanis Zalikha, Terkenang Waktu Mak Ayah Cari Rezeki Meniaga Tepi Jalan
Isi Kandungan
ToggleBerkongsi sebuah memori di Instagram, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa suatu ketika dahulu Hanis pernah melalui saat yang sukar bersama keluarganya.
Pulut Panggang Kuih ‘Nostalgia’ Hanis Zalikha
“Pulut Panggang ni kuih yang terlalu nostalgik untuk saya, memang kalau makan, terus akan dibawa ke zaman Mama Daddy meniaga tepi jalan jual kuih & nasi lemak.
“Maybe sebab takde masa lain Mama akan buat pulut panggang ni. Sampai sekarang dah tak makan dah sebab memang Mama takde buat dah. Cuma time nak meniaga dulu tu je. Dan Mama buat memang sedap sungguh sungguh.
“Tapi yang ni bukan Mama buat. Thank you pulun berusaha besarkan kami dalam kesempitan. Kami tak rasa kekurangan bila kenangkan kesusahan tu, yang ingat cuma memori kita satu keluarga bahagia bersama @nanirostam,” tulis Hanis.
Wargamaya ‘Puji’ Hanis Tak Lupa Asal Usul
Selepas berkongsi kisah, ramai pengikut laman sosialnya yang turut berkongsi rasa dengannya serta memuji Hanis kerana tidak pernah melupakan asal usul walaupun kini sudah mengecapi kejayaan dalam hidup.
Untuk rekod, Hanis Zalikha merupakan seorang penulis blog, model, pelakon dan pengacara wanita Malaysia. Beliau pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.
Hanis mula memperlahankan kegiatan seninya untuk memberikan fokus dan perhatian kepada keluarga, membesarkan anak-anak dan perniagaan mesra muslim miliknya dibawah jenama Cakenis.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Instagram Hanis Zalikha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bawa Watak ‘Penyondol Psiko’, Masalah Peribadi Tak Ganggu Fokus Puteri Sarah
Pelakon, Puteri Sarah Liyana menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan wataknya sebagai wanita perampas didalam drama Hijrah Jannah mempunyai motif untuk membalas dendam atau menyindir orang lain.
Jelas Puteri Sarah, dia sebenarnya mahu mencabar dirinya yang pertama kali membawakan watak antagonis.
“Tidak sama sekali. Saya ambil watak Munirah ini kerana ia mencabar kredibiliti saya sebagai seorang pelakon. Alhamdulillah watak saya sebagai Umairah dalam drama Andai Itu Takdirnya menyerlah.
“Jadi, saya ingin mencuba untuk membawa watak lain daripada yang lain pula. Ketika saya diberikan tawaran ini, saya terus setuju,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memaklumkan konsentrasinya sepanjang membawakan watak ini langsung tidak terjejas meskipun terpalit dengan masalah peribadi.
“Sepanjang penggambaran, perasaan saya okay sahaja. Saya rasa menarik untuk membawa watak Munirah ini. Saya juga sangat bersemangat. Saya tiada masalah untuk membawakan apa sahaja jenis watak.
“Saya ini sejenis yang tidak mencampur aduk kerjaya dengan masalah peribadi. Andai ada masalah, saya akan letak tepi. Bila dah masuk ke set, ‘roh’ seorang pelakon itu menyerap ke dalam diri saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Puteri Sarah turut berharap agar para penonton dapat memberinya peluang dalam percubaan pertamanya ini.
“Saya tahu yang penonton akan mengaitkan watak Munirah ini dengan kehidupan peribadi saya. Saya dapat merasakan ia bakal menimbulkan satu isu.
“Tapi apa salahnya saya mencuba sesuatu yang baharu untuk hidup saya. Saya rasa sangat seronok sangat membawakan watak ini. Saya sendiri tak tahu kenapa,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof ini juga sudah bersedia untuk menerima segala kecaman dan kritikan penonton sepanjang drama ini berlangsung nanti.
“Saya dapat rasakan yang watak saya dan Aida Khalida akan dibenci netizen. Watak saya pula seorang penyondol psiko. Saya takut juga sebenarnya sebab ketika ini orang menyayangi watak Umairah.
“Mungkin penonton pun akan dilema nanti. Sebab itu saya rasa watak ini menarik buat saya. Sebelum ini, saya tak berpeluang untuk mengembangkan bakat lakonan.
“Orang cuma nampak saya ini berwajah cantik. Saya dah menyerlah dalam Andai Itu Takdirnya. Jadi, saya berharap agar drama ini begitu juga,” akhirinya.
Terdahulu, drama Hijrah Jannah ini akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 5 Jun 2023 di saluran Astro Ria.
Selain Puteri Sarah, drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Remy Ishak, Aida Khalida dan Daniella Sya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI