Tahukah anda, pada tahun 2016, akhbar, Harian Metro pernah melaporkan, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki di negara ini mengidap kanser prostat. Sekaligus menjadikan penyakit tersebut sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Kanser prostat merupakan ketumbuhan merbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini dikatakan membiak dengan perlahan sehingga pesakit tidak menyedari sebarang simptom. Bagaimanapun, lama-kelamaan ia akan membesar dan mengililingi prostat.

Lalu, MH berkesempatan menemu bual pelakon dan aktivis sosial, Datuk Hans Isaac bertanyakan pendapatnya mengenai perkara tersebut.

Menurut Hans, segalanya mampu dicegah sekiranya rakyat Malaysia menjadikan pemeriksaan kesihatan secara berkala ini sebagai budaya atau pun rutin.

“Pada usia seperti saya ini, sekurang-kurangnya satu atau dua kali setahun kita kena buat ujian kesihatan. Mungkin sesetengah orang tak biasa tetapi itulah perkara yang paling penting sekali.

“Masa kita muda mungkin isunya tiada tetapi bila kita dah semakin tua ianya harus diberi keutamaan. Pemeriksaan kesihatan berkala ini harus dijadikan budaya. Bila kita dah buat full medical check up, sertakan sekali ujian kanser, marker dan sebagainya.

“Saya pula akan buat pemeriksaan kesihatan pada setiap bulan Januari. Itu rutin tahunan saya,” kongsinya menerusi perbualan telefon.

IKLAN

“Dah Melarat, Lagi Banyak Belanja,” – 1.1 Juta Lelaki Malaysia Hidap Kanser Prostat, Datuk Hans Isaac Nasihat Jangan Ambil Mudah Ujian Kesihatan

Ketika ramai yang menganggap kanser prostat merupakan isu terpencil dan sensitif untuk dibahaskan, Hans mendedahkan kebanyakkan daripada kita sebenarnya takut untuk berdepan dengan kenyataan.

“Saya tidak rasa topik ini merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan. Sebaliknya, bagi saya majoriti daripada kita sebenarnya takut untuk mendengar perbualan tersebut.

“Ada orang yang takut sangat sampai tidak mahu berjumpa dengan doktor kerana tahu penyakit ini boleh meragut nyawa.

“Lebih baik kita tahu mengenai penyakit ini awal daripada terlalu lambat. Sesetengah orang bila dia tahu dia mengalami penyakit kanser ini, mereka menganggap sudah tiada harapan lagi.

IKLAN

“Sebenarnya, jika anda menyedarinya awal misalnya semenjak daripada peringkat pertama, anda masih mampu untuk merawatnya dan masih ada pulang. Tetapi jika sudah memasuki tahap yang ke-4, peluang untuk sembuh agak tipis.

“Bagi orang-orang urban yang duduk di bandar mungkin mereka lebih peka mengenai perkara ini tetapi bagi orang-orang biasa atau yang kurang berkemampuan mereka lihat perkara ini seperti bukan keperluan.

“Sesetengah orang menganggap pemeriksaan kesihatan ni mahal. Bila di peringkat awal ni mereka tidak mahu keluarkan duit, nanti bila dah melarat lagi susah. Lagi banyak belanja,” katanya kepada MH.

“Dah Melarat, Lagi Banyak Belanja,” – 1.1 Juta Lelaki Malaysia Hidap Kanser Prostat, Datuk Hans Isaac Nasihat Jangan Ambil Mudah Ujian Kesihatan

IKLAN

Dalam pada itu, Hans turut mencadangkan supaya pihak hospital kerajaan memperbanyakkan lagi kempen kesedaran dan sekiranya perlu turunlah kelapangan.

“Kita ada hospital kerajaan. Mungkin mereka boleh mempergiatkan lagi usaha kesedaran dan kalau boleh pergilah sehingga ke peringkat akar umbi.

“Pergilah ke kawasan-kawasan kampung atau pendalaman dan buatlah ujian kesihatan di sana.

“Secara dasarnya, bukan semua orang berpeluang untuk mengamalkan kehidupan yang sihat kerana semua itu memerlukan wang.

“Jadi mereka menganggap perkara tersebut tak penting. Sebab itu saya kata kebolehan individu itu berbeza,” akhirinya.

Sumber: Instagram Datuk Hans Isaac & Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI