Genap seminggu kelahiran, pelakon Ezzaty Abdullah berkongsi pengalaman bersalin cahaya mata keduanya di Instagram.
Dedah isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini, dia telah mengalami kontraksi awal sekitar jam 5 petang dan terus ke hospital selepas solat Asar.
Tambahnya lagi, meski tidak mengalami kontraksi teruk pada awalnya, namun dia memilih untuk mempercepatkan rangsangan proses bersalin dan dimasukkan ke dewan bersalin.
“Last week. 5pm start rasa sakit perut. Then kemas rumah sikit, mandi-mandi solat Asar and terus ke hospital pukul 715pm. Sampai hospital check bukaan 2cm and contraction pun tak banyak.
“My gynae bagi option untuk stay and induced atau nak balik rumah dulu tunggu normal contraction.
“Disebabkan masa bersalin Harum dulu induced tak sakit walaupun semua org yang pernah kena induced cakap sakit sangat, so saya pilih untuk induced je,” tulisnya.
Ketika proses berkenaan dilakukan, Ezatty sempat membaca beberapa surah sebelum mengalami rasa sakit yang amat.
“10pm start pasang drip n induce. 1130pm start rasa sakit, sempat baca surah Maryam n As Syura je. Lepas tu tak tahan sakit sangat (macam ni rupanya yang org cerita sakit induced).
“Saya minta cucuk ubat tahan sakit tapi masih rasa sakit cuma rasa mengantuk lebih sikit, so dapat la tido kejap dari jam 12am-130am.,” tulisnya lagi.
Pelakon berusia 31 tahun ini juga menyifatkan apa yang berlaku sebagai satu pengalaman berharga dan bersyukur kerana proses bersalin berjalan dengan lancar.
“Sepanjang dalam labour room banyak kali tangan Azwan jadi mangsa kena genggam and picit sekuat hati sebab tak tahan sakit. Nasib baik la suami jenis redha je.
“Bangun tido sebab rasa sakit sangat dah. Macam nak pengsan menahan sakit contraction tu. Alhamdulillah 2 jam je tahan sakit, baby nak keluar dah. Masa ni memang maximum dia punya sakit macam nak tercabut nyawa.
“Dah mengucap siap-siap masa nak teran. (baru rasa nikmat sakit yang orang selalu cerita sampai trauma nak beranak lagi tu). Allah Maha Besar dan Memahami, sakit nak keluarkan adik cuma 5 minit je.
“Ya Allah, cepatnya. Sekejap je Allah bagi rasa sakit tu. Alhamdulillah lepas adik keluar je, semua rasa sakit tadi hilang macam tu je.
“Macam magic. seronok dan syukur sangat bersalin kali ni dapat rasa nikmat macam ni. Ada sakit, ada sakit sangat,ada lega. Semua rasa,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Ezzaty telah mendirikan rumah tangga bersama Azwan pada tahun 2016.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata bernama Harum Dahlia, 5 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Ezzaty Abdullah