Tanggal 1 Oktober menjadi detik bermakna buat pelakon Elfira Loy dan suami, Khairol Faris Anuar yang telah selamat menimang cahaya mata sulung.

Sepakat memberikan nama Muhamad Rayyan Khalaf buat permata hati, pelakon filem Rentap itu bersyukur dengan kehadiran ahli baru dalam keluarganya.

“Day 7. Alhamdulillah, he is such a good boy. I feel like crying, I thought it would be harder tapi tak, kadang-kadang El yg kejut sebab rindu.

“Rasa bersyukur sangat semuanya Allah permudahkan dari awal sampai sekrang with this lil munchikin. Terima kasih Ya Allah,”tulisnya menerusi posting di Instagram rasmi anknya, Muhamad Rayyan Khalaf Official.

Elfira,25, pada masa sama turut berkongsi ayat suci Al-Quran yang sentiasa menjadi amalannya ketika hamil.

“Takde rahsia/ tips yg El nak share. But one thing for sure, El tak pernah putus doa dari hari pertama El tahu El pregnant sampai hari Rayyan dilahirkan.

IKLAN

“Baca surah Maryam, Yusuf, Luqman, Alfatihah, 3Qul, bacaan Al-Quran & surah Al-Mulk yg setiap malam ayah & mama baca dalam kereta otw balik yg menjadi amalan & kepercayaan.

“Dah hujung-hujung mama El banyak pesan utk solat tahajud, solat sunat taubat, solat hajat sampai ke nak pilih doktor & hospital pun El istikarah.

“Sebab tu dah week 30 baru El pilih hospital bersalin sebenarnya. Because im scared. Takut tidak mendapat keredhaan Allah.

IKLAN

“Semoga Rayyan sentiasa menjadi anak yg baik (Amin ramai-ramai k),” kongsinya.“Dah Minggu Ke-30 Baru Pilih Hospital Bersalin,”- Amal Surah Dari Awal Kehamilan Hingga Anak Dilahirkan, Ini Perkongsian Elfira Loy  

“Dah Minggu Ke-30 Baru Pilih Hospital Bersalin,”- Amal Surah Dari Awal Kehamilan Hingga Anak Dilahirkan, Ini Perkongsian Elfira Loy  

Terdahulu, Elfira selamat melahirkan anak sulungnya di Andorra Women and Children Hospital, Seri Kembangan.

IKLAN

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.

Foto : Instagram Muhamad Rayyan Khalaf Official/ Elfira Loy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI