Pelakon Sophia Albarakbah berkongsi detik cemas saat melakonkan watak pontianak di dalam filem terbaharu Saka Perawan.
Menurut Sophia, sewaktu melakonkan adegan terbang, tali yang mengikat kedua-dua kakinya dikatakan telah terputus dan dia terpaksa diturunkan segera bagi mengelakkan sebarang kemalangan.
“Antara cabaran yang terpaksa saya lalui ialah bila pertama kali merasai pengalaman tergantung dengan menggunakan ‘rigging’ untuk melakonkan babak hantu terbang.
“Pada awalnya memang takut tapi bila dah banyak kali terbang, rasa seronok pula. Ia pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.
“Namun, ada satu babak yang saya tergantung dalam keadaan meniarap. Mereka ikat saya di bahagian belakang dan kedua-dua belah kali.
“Bila sudah naik tinggi, kedua-dua ikatan di bahagian kaki itu terputus. Saya panik dan pihak produksi segera turunkan saya. Mereka juga sudah siapkan tilam,” katanta kepada MH.
Ads
Sophia berkata sedemikan ketika ditemui dimajlis tayangan perdana filem Saka Perawan, baru-baru ini.
Pada masa saya, pelakon berusia 30 tahun ini juga akui teruja apabila dapat keluar daripada zon selesa dan mencuba watak komedi.
“Watak saya tidak terlalu sukar tapi menyeronokkan. Malah, ia watak kelakar. Sebelum ini, saya selalu bawa watak yang bermain dengan emosi. Namun, kali ini cabarannya berbeza.
Ads
“Saya berlakon dengan ramai pelawak. Jadi, tak susah saya nak dapatkan
mood kelakar itu. Ini juga pertama kali saya membawa watak sebagai pontianak yang kelakar. Jadi, saya enjoy,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Sophia akui teruja apabila berpeluang untuk menimba ilmu bersama pelakon-pelakon senior di dalam filem ini.
Ads
“Saya seronok bila dapat terlibat di dalam filem ini kerana ia menggabungkan pelakon lama dan baharu. Jadi, kita dapat merasai semangat daripada dua generasi.
“Perkara yang paling menyeronokkan bila berlakon dengan pelakon otai, mereka suka berkongsi. Sambil lepak di set, mereka akan berborak dan berkongsi ilmu.
“Yang paling banyak berkongsi ilmu dengan saya adalah ibu Fauziah Nawi. Dia seorang yang sangat tenang. Orang yang tak kenal sahaja akan ingat dia garang,” akhirinya.
Terdahulu, Saka Perawan merupakan sebuah filem bergenre seram komedi yang dibintangi barisan pelakon seperti Azlee, Fauziah Nawi, Isyariana, Nellisa Nizam dan Datuk Eizlan Yusof.
Filem terbitan Grand Brilliance itu bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Jun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Reen Rahim tampil menjawab pertanyaan netizen di ruangan ‘Ask Me Question’ di Instagram stories yang mempersoalkan mengenai peranannya sebagai seorang isteri apabila tugas memasak diserahkan kepada suami.
Menurut Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, orang luar boleh berkata apa sahaja namun, dia dan suami berhak untuk menentukan cara mereka berumah tangga.
“Sakit betul hati dia ye? Biarlah kalau aku function ke tak function ke? kacau bapa kau ke? Tak kan? Okaylah laki saya masak untuk saya daripada masak untuk isteri kau. Macam mana?,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon drama, Keluarga Instafamous ini turut menjelaskan dia dan suami tetap bergilir-gilir menjalankan tugas memasak bergantung kepada mood dan keadaan semasa.
“Ikut mood juga. Kadang-kadang saya memang masak. Saya suka je masak untuk dia. Kalau sampai mood saya tak nak masak, jadi, dia yang masak.
“Kadang-kadang, mood dia yang memberontak nak masak atau nak sepahkan dapur, jadi dia masak sahaja.
“Kalau saya masak, saya tak akan makan sangat. Suami suka tengok saya makan. Saya ni pula seorang yang pemakan.
“Jadi, kalau saya dah penat memasak, saya jadi malas makan. Makan pun sikit sahaja. Kalau dia yang masak, saya memang akan makan banyak. Sebab itu dia suka masak,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Reen dan suaminya yang juga merupakan ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 24 Disember lalu dalam majlis yang berlansung di Boraombak Marina, Putrajaya.
Mereka berkenalan sejak dua tahun yang lalu sebelum bertunang pada 12 Ogos 2022.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dia mengalami simptom long covid selepas dijangkiti wabak tersebut sebaik pulang bercuti dari London, United Kingdom.
Menurut Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 43, dia kerap mengalami batuk-batuk namun bersyukur ia tidak mengganggu dalam setiap persembahan pentas yang dilakukannnya.
Ia termasuk pada showcase Queen Of The Night With Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.
“Ia terjejas daripada segi saya batuk-batuk tapi saya cubalah buat macam-macam… (untuk atasi batuk). Ini antara simptom post-covid yang paling ramai orang lalui.
“Macam Aafiyah dia masih lagi batuk-batuk tapi Alhamdulillah kami tidak mengalami simptom teruk.
“Saya pun dah berjumpa doktor tapi ia tidak menjejaskan nyanyian saya, itulah saya cakap bila nak nyanyi pandai pula dia ya, bila dah habis (nyanyi) terus batuk,” katanya kepada MH.
Menerusi showcase amal itu, Siti telah mendendangkan seleksi hampir 20 buah lagu popularnya untuk menghiburkan 600 peminatnya yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, asnaf dan anak yatim.
Sementara itu, Siti juga berkata tidak menolak sekiranya ada mana-mana penaja yang berbesar hati untuk menaja konsertnya untuk dijayakan secara percuma buat peminat yang setia menyokong kerjayanya sejak hampir tiga dekad lalu.
“Siapa yang tak nak (buat konsert percuma) kalau ada penaja yang besar, sudah tentulah saya nak. Artis mana-mana pun itu salah satu daripada offer yang kita nantikan.
“Kalau ada company besar nak jadi penaja buat konsert percuma yang macam saya pernah buat sebelum ini, saya terima dengan hati yang sangat terbuka,” katanya lagi.
Siti sekali lagi akan menjayakan persembahan berskala besar pada 5 dan 6 November ini bersama Datuk Awie menerusi konsert Music of the Soul: An Evening With Datuk Seri Siti Nurhaliza yang di Plenary Hall, KLCC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Keletah bersahaja pasangan pempengaruh dan usahawan popular, Aleeya Zailan dan suaminya, Azri Aziz yabg sinonim disapa Big Boss sering mencuri perhatian wargamaya.
Malah, sesi siaran langsung ketika memasak yang dilakukan pasangan bahagia ini turut sama menerima pelbagai reaksi positif di media sosial.
Jadi tidak hairanlah sekiranya apa yang dilakukan itu menarik minat ramai untuk terus mengikuti, sekaligus ada yang menberikan hadiah (gift) ketika sesi siaran langsung dijalankan.
Bagaimanapun, pasti ada yang tidak tahu, amaun hadiah yang diberikan pengguna media sosial itu dikumpul mereka, seterusnya digunakan ke arah kebaikan oleh pasangan ini.
“Alhamdulillah ramai yang menyokong malah kadang-kadang saya sendiri terdiam dan terharu dengan sokongan yang diberikan.
“Mereka tidak lokek memberikan hadiah kepada saya setiap kali saya live dan setiap hadiah yang diberikan itu mewakili nilai ringgit tertentu,” kongsi Aleeya.
Lantaran itu, Aleeya dan suami sepakat menggunakan hasil hadiah itu untuk disumbangkan ke saluran yang disasarkan.
Ini kerana bagi mereka usaha murni itu secara tak langsung dapat memanjangkan pahala buat pengikutnya selain dimanfaatkan sebaik mungkin.
Bukan hanya kutipan hadiah berkenaan, Aleeya dan suami turut menambah sumbangan dengan wang peribadi mereka sendiri.
“Alhamdulillah saya diberikan rezeki yang murah, jadi hadiah itu saya kongsikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sama saya panjangkan sedekah pengikut saya kepada pihak tertentu.
“Bagi saya, apabila menderma dan membantu mereka yang memerlukan. Itulah antara kepuasan saya dan suami dapat rasakan,” katanya yang turut sinonim membantu anak-anak yatim dan golongan asnaf.
Malah baru-baru, pemilik jenama terkenal, Avenys ini juga mencuri perhatian apabila memasak sendiri hidangan untuk disumbangkan kepada masjid dalam kuantiti yang besar.
Video berkenaan menerima jutaan tontonan di platform TikTok.
Di dalam video berkenaan, Aleeya dan suami dirakam memasak sendiri 340 kilogram sambal sotong bagi diagohkan kepada penduduk bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian warganet apabila video kandid dirinya ketika menghadiri majlis perkahwinan Eyka Farhana dan...