Bersempena dengan Konsert Minggu Ke-2 Gegar Vaganza 2020, penyanyi Haslinda yang ditugaskan untuk membawa lagu Kerana Terluka ada meminta restu penyanyi asal, Nourul Depp.
Menurut Haslinda, sebelum apa-apa yang berlaku, adalah lebih baik jika dirinya membuat permohonan maaf terlebih dahulu seandainya ada kekurangan sewaktu menyampaikan lagu tersebut nanti.
“Assalamualaikum..Hai Kak Nourul. Saya Haslinda. Saya akan menyanyikan lagu akak Kerana Terluka di minggu ke-2 Gegar Vanganza Ahad ini.
“Maaf sekiranya penyampaian saya nanti kurang memuaskan ye kak. Terima kasih,” tulisnya.
Melihat pada mesej tersebut, ini respon balas yang diberikan oleh Nourul buat Haslinda;
Ads
“Waalaikumsalam. MasyaAllah adik. How are you? I love your voice. Jangan risau nyanyi in your own way. Buat penyampian dan style Linda yang dah memang bagus.
“Don’t compare dengan akak. Memang lagu tu akak dah nyanyi beribu kali. Of course dah lain kan. Nyanyi style Linda. Akak doakan semuanya berjalan dengan lancar.
“Do the best okay. Sending doas, love and kisses,” tulisnya.
Perbualan tersebut dikongsikan oleh Nourul menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Pada ruangan kapsyen pula, Nourul mengakui dirinya agak terkejut saat menerima kiriman mesej tersebut.
“MasyaAllah tabarakallah. Dapat mesej ni pagi pagi tadi. Terkejut saya. Saya doakan untuk @haslinda_sehatisejiwa_official berjalan dengan lancar pada malam nak kena nyanyi #keranaterluka nanti.
“Tak perlu minta restu. Sampaikan sebaiknya. Jangan lupa sebelum nyanyi nanti, bacakan Al-Fatihah kepada penulis liriknya arwahnya Mama Juwie ya.
Ads
“Semoga terus dimurahkan rezeki. Semoga berjaya nanti. Aminnn aminnn ya rabbalalamin,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan kapsyen, rata-rata netizen dilihat sudah tidak sabar untuk menyaksikan persembahan Haslinda di konsert minggu ke-2 GV2020 Ahad ini.
GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses di aplikasi Astro Go.
Sumber: Instagram Nourul Depp
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Umum mengetahui, menguruskan apa sahaja jenis bisnes bukanlah sesuatu yang mudah tidak kiralah sama ada perniagaan itu berskala kecil ataupun besar.
Demi menjana keuntungan, anda bukan sahaja harus melaburkan wang ringgit tetapi masa dan kudrat juga amat ditagih bagi memastikan segalanya berjalan lancar.
Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak COVID-19 nyata memberi kesan bukan sahaja buat syarikat ternama malah industri kecil dan sederhana turut menerima nasib yang sama.
Lebih parah apabila ada kebanyakkan syarikat terutamanya industri kecil dan sederhana (SME) terpaksa memberhentikan beberapa tenaga pekerja demi memastikan perniagaan terus berjalan malah ada juga yang terpaksa gulung tikar.
Restoran tidak boleh beroperasi? Lakukan Segalanya Hanya di Rumah
Gara-gara penularan wabak COVID-19, kebanyakkan pengusaha restoran mengalami kerugian yang sangat teruk. Malah, gerai-gerai juga terpaksa ditutup sepanjang tempoh PKP ini.
Bagi Dylan Chong dan isteri, En Ci yang mengusahakan restoran makanan berasaskan sayur-sayuran dan Taiwanese Pancake yang diberi nama Kimo-Ge, mereka merupakan salah sebuah restoran yang terkesan akibat pendamik ini.
Oleh yang demikian, cara yang terbaik untuk mereka mengatasi masalah ini adalah dengan beralih kepada operasi atas talian.
“Kopitiam kami terpaksa ditutup akibat PKP. Kami tidak menjalankan sebarang perniagaan dan punca pendapatan kami juga terputus. Bahan-bahan keperluan asas juga sukar untuk didapati dan jika ada sekalipun kosnya terlalu mahal.
“Bagaimanapun, saya telah memulakan semula perniagaan tetapi kali ini secara atas talian. Kami mula menerima pesanan lalu menyediakannya di dapur rumah kami. Saya juga memuat naik iklan di Facebook dan Instagram bagi menarik perhatian para pelanggan.
“Meski hasilnya tidaklah begitu menggalakkan, kami masih mempunyai pelanggan yang setia, rakan-rakan dan saudara mara yang menyokong kami sepanjang tempoh sukar itu,” kongsinya.
2. Letakkan 100% Kepercayaan Kepada Syarikat Pembekal
Jika sebelum ini, kita tidak bergantung harap kepada orang lain untuk mengembangkan bisnes kita, tetapi kali ini situasinya agak berbeza.
Akhirnya, anda juga terpaksa bergantung harap terhadap kepakaran yang dimiliki oleh orang luar. Sebagai contoh, buat pemilik syarikat Poppety Pot, Balqis, dia menyedari bahawa dia kini tidak lagi boleh memilih jenis-jenis tanaman yang ingin dijual.
“Saya biasanya memilih sendiri kesemua jenis tanaman yang saya ingin jual. Namun,sepanjang PKP, saya harus meletakkan ke semua kepercayaan kepada pembekal untuk memilih tanaman yang terbaik untuk saya niagakan.
“Sukar untuk saya mencari pasu bunga ketika ini kerana kebayakkannya saya beli sewaktu melancong ke luar negara. Saya tiada pilihan apabila terpaksa menjual tanaman tersebut didalam bubble wrap, kotak atau plastik hitam daripada nurseri. Saya bersyukur para pelanggan faham akan dituasi tersebut.
“Selalunya pelanggan akan datang ke rumah untuk membeli pokok, tetapi tempoh PKP ini talah memaksa saya untuk menggunakan servis perkhidmatan penghantaran. Ternyata perkara ini lagi memudahkan saya,” katanya.
3. Kuasa Media Sosial
Tahukah anda, media sosial mampu membangunkan atau menghancurkan seseorang. Sama seperti Radius Khorr yang memiliki perusahaan kedai kopi, Kee Nguyen, sosial media telah banyak membantunya.
Sepanjang tempoh PKP, perniagaan mereka harus bergantung harap kepada rakan servis penghantaran sama seperti servis makanan yang lain.
Bagaimapaun, permintaan terhadap kopi mereka naik mendadak selepas iklan promosinya viral di media sosial.
“Peningkatan mendadak selepas iklan kami tular. Selepas berkongsi kepayahan sebenar kami, seorang pelanggan setia setuju untuk berkongsi mengenai kisah kami. Kami sendiri tidak perasan yang kami sudah memiliki hampir 16,000 pengikut di Twitter selepas itu.
“Bagaimapun, individu tersebut tetap merahsiakan lokasi kafe kami kerana baginya kafe ini sangat istimewa. Malah dia juga risau sekiranya kami tidak dapat memenuhi permintaan yang sangat tinggi.
“Dia mempromosikan kafe kami tanpa pengetahuan kami. Individu tersebut berkongsi perkara tersebut sudah lewat malam dan kami hanya menyedarinya pada keesokan harinya itu. Kafe kami akhirnya viral.
“Kami teruja dengan sambutan yang kami terima. Kebanyakkan dari mereka sudah pun menjadi pelanggan setia kami yang baru. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih mengenai perkara ini.
Peraduan Hero Bangkit
Atas situasi semasa dunia yang berlaku ketika ini, tidak dinafikan ia menjadi antara detik sukar buat semua pihak, termasuklah para usahawan.
Cakna mengenai isu berkenaan, Tesco Malaysia tampil secara bersemangat memperkenalkan kempen serta peraduan ‘Hero Bangkit’ bersempena sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.
Ia khusus bagi membuka peluang buat usahawan untuk berkongsi cerita serta pengalaman mereka saat berdepan situasi sukar beberapa bulan lalu atas situasi semasa yang berlaku semenjak fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan.
Jadi, peraduan ini memberi peluang untuk membantu mempromosikan barangan jualan/servis mereka dengan lebih baik diplatform radio Era fm sekiranya dipilih sebagai pemenang kelak bersama-sama TESCO baucar bernilai RM5,000.
Jadi, anda boleh menyertai peraduan Hero Bangkit, dengan mengkuti beberapa syarat ini;
Terbuka buat semua para usahawan yang sedang menghadapi cabaran atau terjejas ekonominya ketika wabak COVID-19.
2. Kongsikan latar belakang & kisah bisnes anda.
3. Ceritakan juga mengapa anda layak untuk ditemu duga oleh pihak Astro untuk berpeluang memenangi baucar Tesco bernilai RM5,000
4. Sertakan video mengenai idea yang ingin anda bentangkan. (tidak wajib).
Peraduan ini akan bermula pada 6 Ogos dan berakhir pada 30 Ogos 2020. Manakala, sistem undian pula akan dibuka pada 31 Ogos dan tamat pada 4 September depan.
Nama pemenang bersama syarikat seliaannya akan diumumkan di program TV dan radio Astro bermula 7 September sehingga 13 September.
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan usahawan, Tya Arifin yang kini sedang hamil anak ketiga.
Pengumuman gembira itu dibuat Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandri Arifin menerusi hantaran terkini yang dikongsikan menerusi Instagram, semalam.
Dalam video berkenaan, Tya memegang akhbar dengan paparan tajuk berita ‘Welcome Little One’, sementara suaminya, Asyraf Khalid pula membaca ‘Baby Is On The Way’.
“Can you spot the announcement?,” tulisnya ringkas pada ruang kapsyen menerusi hantaran yang sudah pun menerima hampir 25,000 tanda suka itu.
Sementara itu, rakan selebriti dan peminat saling meninggalkan ucapan tahniah pada ruangan komen.
Rata-ratanya mendoakan agar urusan bersalin Tya selepas ini dipermudahkan.
Untuk rekod, Tya dan Asyraf mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa, 7, dan Azzahra Jiwa, 5.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau ada yang masih ingat, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih selesa dengan sapaan Shiera mengakui telah melakukan ‘ikat peranakan’ atau ‘tubal ligation’ selepas melahirkan anak kelimanya.
Shiera atau nama lengkapnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata, dia melakukan prosedur tersebut atas saranan doktor.
Menurut Shahirah, doktor memberitahu adalah sangat berisiko tinggi bagi wanita yang sudah mencecah usia 40 tahun ke atas sepertinya untuk hamil selepas ini.
“Sebab saya ni umur dah 40-an dan doktor ada beritahu yang saya masih subur lagi tapi berisiko dan tidak bagus untuk kesihatan diri.
“Selain berisiko, pelbagai komplikasi boleh berlaku kepada saya. Jadi atas saranan doktor untuk saya ikat jadi saya ikut atas nasihat doktor. Alhamdulilah saya subur, ada sesetengah orang susah nak dapat, saya bersyukur,” katanya kepada MH.
Ibu kepada lima cahaya mata itu turut menyatakan tiada perancangan untuk menambah zuriat sementelah bukan mudah membesarkan anak-anak pada zaman sekarang.
“Tiada rasa apa-apa sebab saya dah cukup ada lima anak tak akan nak beranak lagi. Saya tak kisah pun janji saya sihat.
“Lagipun nanti saya takut lepas beranak ada macam-macam masalah dan bukan mudah untuk membesarkan anak-anak,” katanya.
Kakak pelakon Sharifah Sakinah ini berkata demikian ketika ditemubual sejurus rakaman program di set MH Throwback.
Imbas kembali, Shiera pernah berkahwin bersama Jatt, vokalis Black Dog Bone dan dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya, 22.
Selepas itu, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azahari pada 28 Februari 2003 dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell, 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Foto : Instagram Shiera Ijoy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!