Baru-baru ini, tular di media sosial selepas pengarah tersohor, Adrian Teh mengarahkan sebuah lagi filem aksi berkonsepkan tentera berjudul Bakara.

Filem tersebut menampilkan ramai pelakon hebat antaranya Remy Ishak, Bront Palare, Hairul Azreen, Alif Satar dan Shaheizy Sam.

Malah, foto-foto yang dikongsikan oleh barisan pelakon turut mencetuskan rasa teruja di kalangan peminat filem tempatan.

Bagaimanapun, foto tersebut turut mengundang kritikan sesetengah pihak yang kurang senang melihat Shaheizy Sam yang dilihat menggantung rokok elektronik di lehernya ketika mengenakan seragam askar.

“Tolong bagitahu Abang Sam, dah pakai baju Army janganlah sarung tali pod,” tulisnya di laman Twitter.

IKLAN

Melihat komen tersebut, ini reaksi balas yang diberikan oleh suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu;

“Saya minta maaf. Akan diperbaiki di masa hadapan.

“Terima kasih atas teguran dan ingatan,” balasnya.

Terdahulu, pengarah, Adrian Teh mendedahkan bahawa dia terpaksa mengambil keputusan untuk menangguhkan pengambaran filem ini bagi mematuhi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan wabak Virus Korona.

Sesi pengambaran dijadualkan hanya bakal bermula pada Jun tahun hadapan.

“Due to MCO, we are delaying for a year to start shoot.

“The battle starts next June! ,” kongsinya di ruangan Instagram.

Sumber: Twitter Shaheizy Sam & Instagram Adrian Teh