Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa tampil membuat luahan susulan penyebaran wajah yang didakwa anaknya, Muhammad Bilal tanpa keizinan yang mulai tular sejak beberapa hari lalu.
Neelofa, 33, menerusi Insta Stories kesal apabila wajah anak sulungnya itu telah disunting hingga menimbulkan pelbagai yang tidak baik terhadap bayi berkenaaan.
“Edit muka anak saya sampau jadi bukan rupa dia, lepas tu sebar gambar yang edit fake tu.. dan macam-macam orang komen jahat pada anak saya. Dah puas hati? Tak tahu nak rasa apa, Allahuakbar,” jelasnya.
Menerusi status seterusnya, hos program Next To Neelofa ini turut akui apa yang berlaku boleh menimbulkan fitnah yang tidak baik.
“Jangan kita melampau dalam buat sesuatu perkara. Mengubah/edit rupa paras anak kecil semata-mata nak puaskan kehendak hati. Benda ni dah timbulkan macam-macam fitnah dan kata-kata yang tidak baik.
“Tolong jaga sikit perasaan orang. Ibu-ibu yang lalui susah mengandung dan melahirkan mungkin boleh faham apa yang saya rasa,” tulisnya lagi.
Artikel Berkaitan;
Neelofa Tampil Menegur; “Dah Dah La Nak Trigger Orang Untuk Keji Maki Saya Sekeluarga.”
Terdahulu, Neelofa akui rasa terkilan susulan tindakan warga maya yang menyebarkan wajah anaknya, Muhammad Bilal menerusi TikTok, baru-baru ini.
Neelofa berkata, dia tersinggung apabila tindakannya yang belum bersedia berkongsi wajah anaknya tetapi tidak dihormati segelintir pihak ketika dia berada di sebuah premis kerajaan itu.
Pada masa sama, Neelofa turut meminta diberikan sedikit ruang dan fokus tidak lagi diberikan terhadap anak lelakinya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI