Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida akui berdebar menantikan pelancaran muzik video single terbarunya, Ku Ikhlaskan di YouTube.
Bakal dilancarkan hari ini jam 5.00 petang, Vida yang juga Presiden Netizen program Big Stage 2022 turut bertanya peminat sama ada sudah bersedia untuk menonton muzik video berkenaan.
Selepas selamat bersalin pada 2 Januari lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid ada memuat naik beberapa keping foto terkini anak kedua, Raden Seri Rossabella Cinta.
Mawar atau nama lengkap, Wan Mawar Shaputri Wan Rashid memaklumkan anak perempuanya itu kini sudah mencecah usia sebulan.
Sambil menzahirkan rasa syukur, finalis Dewi Remaja 2015 ini turut menyifatkan masa berlaku begitu pantas bila melihat perkembangan permata hatinya itu.
“Happy 1 month old Cinta Hati mommy Mommy geram gila tgk gambar2 cinta ni tak sangka ada baby girl dah.
“Alhamdulillah Ya Allah cepat betul masa berlalu, dah sbulan @rossabellacinta,” tulis pelakon TQ Captain ini pada ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, yang kini hampir mencecah usia lebih 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Raja Syahiran ada menitipkan ucapan teristimewa buat pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-28, hari ini.
Menerusi satu entri di Instagram, bintang berusia 27 tahun itu mendoakan agar semua impian dan cita-cita kekasih hatinya itu berjaya direalisadi.
Lebih manis, Uyaina turut disifatkan Syahiran sebagai soerang wanita yang sangat berbakat dan memiliki semangat kerja kuat.
“Happy birthday Uyaina Arshad. May you achieve all your dreams. You’re such a hard working and talented person.
“May you”ll always be under His blessings and protection. I”ll always have your back,” tulisnya.
Pada masa sama, rata-rata peminat memuji pasangan selebriti ini kelihatan sangat secocok bersama.
Terdahulu, media melaporkan kedua-duanya mulai rapat dan sedang mengenali hati budi masing-masing sekitar September lalu.
Foto: Instagram Raja Syahiran
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.