Drama rantaian, Cari Aku Di Syurga bakal berakhir malam ini dan apa yang menariknya, episod terakhir bakal ditayangkan selama dua jam.
Makluman tersebut sudah pun dilakukan beberapa hari lalu. Malah para pelakon utamanya juga turut memberitahu perkara berkenaan meneusi platform media sosial masing-masing.
View this post on InstagramTayangan 2 jam untuk episode akhir #cariakudisyurga malam ni !! 😱 Dah ready ke ?
A post shared by MIMS (@missmimilana) on
“Tayangan 2 jam untuk episod akhir #cariakudisyurga malam ni. Dah ready ke?,” tanya Mimi Lana yang mendukung watak Mira menerusi Instagramnya, beberapa jam lalu.
Malah, Aeril yang dipuji keberkesanan watakknya dalam membawa peranan sebagai Anas, turut berkongsi hal sama di Instagram miliknya.
Selain Mimi Lana dan Aeril, Cari Aku Di Syurga yang bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam turut dibarisi pelakon terkenal lain seperti Janna Nick, Maria Farida dan ramai lagi.
Apakah agaknya kesudahan drama ni kan? Korang rasa?
Foto: Instagram Aeril Zafriel, Mimi Lana
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cuba Cakap Tu Guna Otak,” – Anggap Suami Syasya Punca ‘Kehancuran’ Dolla, Netizen Bidas Kenyataan Individu Ini
Sejak semalam, nama bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal menjadi perhatian ramai setelah mengumumkan dirinya telah selamat melangsungkan majlis pernikahanan dengan jejaka pilihan hatinya pada Sabtu.
Perkhabaran itu nyata mengudang rasa teruja di hati banyak pihak termasuklah daripada kalangan rakan selebriti.
Beberapa foto bersama suami ketika majlis akad nikah turut tular diseluruh platform media sosial.
Bagaimanapun, berita perkahwinan tersebut telah mendapat respon yang kurang menyenangkan daripada seorang individu di aplikasi X.
Menerusi ciapan individu tersebut, dia seolah-olah menganggap kehadiran suami kepada Syasya telah menjadi punca kepada kehancuran kumpulan Dolla.
“Seorang lelaki telah menghancurkan Dolla. Apapun, asalkan Syasya bahagia,” tulisnya.
Ciapan tersebut kemudiannya tular dan rata-rata netizen membidas semula kenyataan individu berkenaan.
Rata-rata netizen meminta para peminat untuk menghormati keputusan Syasya dan mendoakan yang terbaik buat artis kesayangan mereka itu.
“Semoga orang berhak untuk mengecap kebahagiaan dengan lelaki yang terbaik. Biarkan dia gembira bersama suami.
“Kenyataan yang pelik untuk diperkatakan. Idola dan artis yang anda minat juga manusia biasa dan kehidupan mereka bukan hanya untuk buat anda rasa bahagia sahaja. Mereka juga ada keutamaan di dalam hidup.
“Syasya sudah dewasa dan dia berhak membuat keputusan sendiri.
“Ini Malaysia. Bukan Korea Idol yang tak boleh kahwin.
“Bercakap perkara ini kepada orang yang baru berkahwin sangat tidak sopan,” antara komen-komen netizen.
Bagaimanapun, sehingga kini, Syasa masih belum mengulas lanjut mengenai perkahwinannya itu.
Sebelum ini, Syasya mengejutkan ramai pihak selepas memutuskan untuk mengundur diri daripada kumpulan Dolla.
Berita pengunduran tersebut nyata telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan akhirnya persoalan peminat terjawab apabila foto pernikahan Syasa tular di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Platform X & Instagram Syasya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Mahu Tengok Sisi Berbeza Asif, Yoe Parey…,” – Sukses Mael Totey The Movie, Syahmi Sazli Kini Tampilkan Pula 35MM
Selepas mencipta fenomena tersendiri menerusi filem sulung, Mael Totey The Movie, pengarah dan YouTuber, Muhammad Syahmi Sazli, 27, tampil dengan karya baharu bertajuk 35MM yang disifatkan berbeza daripada karya-karyanya sebelum ini.
Masih mengekalkan Mohd Asyiff Suhaimi atau Asif, 20, dan Yoe Parey atau Muhammad Ashrul Hakim Lukman, 24, termasuk dirinya sebagai peneraju utama, Syahmi menjelaskan, melalui 35MM, penonton akan melihat sisi berbeza lakonan mereka bertiga.
“Filem ini adalah berkonsepkan fantasi komedi. Cuma lawak-lawak spontan yang menjadi identiti karya saya seperti dalam cerita Mael Totey The Movie dan drama spontan sebelum ini sudah tiada. Maksudnya elemen seperti tengok kamera ketika berlakon sudah tiada.
“Ketiga-tiga watak utama ini tampil dengan karakter lebih serius. Kalau anda mahu tengok sisi berbeza Asif dan Yoe Parey yang berlakon dengan lebih serius, anda perlu menonton kelainannya sendiri,” katanya kepada MH.
35MM berkisarkan tentang sebuah kamera klasik yang ditemui oleh tiga bersaudara, Mi, Yoe dan Asif.
Ketiga-tiga mereka kemudiannya terperangkap dalam lima zaman iaitu Dinasti China, zaman penjajahan British dan Jepun di Tanah Melayu, tahun 1992 serta tahun 1997.
“Mereka bertiga cuba untuk kembali ke zaman asal tetapi kemuncak filem ini menyaksikan Yoe tidak mahu kembali atas satu sebab yang berlaku. Sebab apa? Semuanya ada dalam filem ini,” kata Syahmi sambil menjelaskan karya ini adalah arahan bersama Seni Bayan atau nama sebenarnya Ahmad Hashim.
Selain Asif dan Yoe Parey, filem yang menemui penonton bermula hari ini (21 Jun) di Astro First turut menampilkan pelakon lain seperti Hushairy Hussein, Kenji Sawahi serta pelakon-pelakon yang pernah menerajui drama spontan Syahmi Sazli.
Bercerita mengenai pembikinan 35MM, Muhammad Syahmi berkata, filem itu mengambil masa selama tiga bulan bermula Disember tahun lalu.
“Pada awalnya kami menetapkan tempoh 21 hari untuk sesi penggambaran tetapi berlaku beberapa kejadian yang tidak dapat dielakkan sehingga ianya berakhir pada bulan Mac lalu. Filem ini juga tampil dengan teknik imej janaan komputer (CGI) yang keseluruhan pembikinannya menelan belanja sebanyak RM1 juta,” jelasnya.
Filem Mael Totey The Movie sebelum ini meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.
Ia mula ditayangkan pada 22 Oktober 2020 dan dilaporkan memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syahmi Sazli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Macam Mana Boleh Terfikir Idea Sampai Ke Tahap Ini Ruhainies?,” – Bella Astillah
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah tampil memberikan reaksi terhadap salah satu pendedahan perbualan menerusi WhatsApps yang dipercayai berlaku di antara suaminya, Aliff Aziz dan aktres Ruhanies oleh wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine, pada Rabu.
Menurut Bella, dakwaan yang konon ada ‘pasukannya’ (team) telah menghantar email kepada mana-mana jenama yang pernah bekerjasama dengan Ruhainies untuk tidak meneruskan kerjasama lagi adalah tidak benar.
“Her team even emailed brands-brands saya kerja untuk stop working with me. Awak nak pertahankan lagi? Nak simpan lagi segala dia buat? Its time to BOOM. Let’s kill these two birds with one stone,” antara teks yang tertera.
“Fitnah! Bila masa pula team Bella nak pergi email-email brands? Astaghfirullahalazim… nak bukti. Macam mana boleh terfikir idea sampai ke tahap ini RUHAINIES?,” jawab Bella.
Perkara tersebut dikongsikan ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi Insta Stories, pada Khamis.
Selain reaksi terbabit, Bella turut ‘repost’ kembali hantaran yang dikongsikan Sarah menerusi platform sama beserta dengan reaksi pendek.
Terdahulu, wanita Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine sekali lagi mencuri tumpuan apabila mendedahkan beberapa lagi bukti perbualan dipercayai Aliff Aziz dan Ruhanies yang tertera inisial (NRF) menerusi aplikasi WhatsApp.
Menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik, Sarah memaklumkan, tindakannya itu adalah berpunca dari sikap Ruhainies yang telah didakwa telah berbohong kepadanya.
Sebelum ini, Sarah tampil membuat pengakuan mendakwa dirinya menjalin hubungan cinta dengan Aliff sejak awal tahun ini.
Sementara, pada 8 Mac lalu dunia hiburan dikejutkan dengan laporan mengenai Ruhainies dan Aliff yang telah diserbu oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Polis Diraja Malaysia di kediaman mewah aktres berkenaan di ibu negara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI