“…Dah Selesai. Walaupun Berlangsung Tak Seperti Saya Jangkakan,” – Nabila Razali

Share

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menzahirkan rasa syukur kerana sudah cuba menyampaikan lagu Peluang Kedua dengan seadanya, meski mengakui apa yang berlaku tidaklah seperti yang dijangka.

Malah jelas Nabila ketika ditemui sejurus berakhirnya Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), dia bagaimanapun mengharapkan apa yang trending adalah hal yang baik-baik.

Terdahulu, ada pengguna media sosial yang mendakwa nyanyiannya terkucil pada bahagian tertentu, yang sekali gus menjadi bualan.

“Alhamdulillah, berakhir juga malam ni. Dah selesai. Walaupun berlangsung tak seperti saya jangkakan, saya gembira dengan apa jua yang sudah saya sampaikan malam ini (semalam).

“Terima kasih kepada pasukan saya. Semua kerja keras datang daripada mereka. Ini bukan pengakhiran, selepas ini ada ada lagi rezeki yang lebih besar, Insya-Allah.

“Apa-apa pun, saya berterima kasih kepada pihak TV3 atas peluang yang diberikan dan kepada pasukan saya yang selalu memberikan sokongan.

“Sudah tentu boleh diperbaiki lagi. Tetapi persembahan tadi yang terbaik untuk saya. Mungkin sebelum ini saya tak pernah sangka yang saya dapat buat persembahan seperti itu,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Sementara itu Nabila turut menjelaskan, masalah suara yang dihadapi semakin sembuh cuma mengambil masa untuk benar-benar pulih sepenunya.

“Saya berharap, selepas ini apabila pandemik beransur pulih, keadaan kembali seperti biasa dari segi jemputan persembahan dan kerjaya seni.

“Bercakap mengenai keadaan kesihatan, ia semakin baik. Sudah sembuh, tapi ia ambil masa untuk betul-betul pulih.

“Apa yang berlaku kepada saya, saya tak perlu nak jadikan sebab untuk cerita kepada orang. Apa yang saya letakkan malam ini (semalam) adalah persembahkan yang orang nanti-nantikan.

“Alhamdulillah, saya dapat tunaikan permintaan semua orang yang menantikan persembahan Peluang Kedua dari saya sendiri,” katanya lagi.

Ditanya apakah yang menguatkan dirinya untuk melakukan persembahan di pentas AJL35 selepas mengharungi beberapa siri kontroversi sebelum ini, Nabila mahu sebagai yang dipetik menambah, dia hanya mahu menjadi yang terbaik untuk majukan diri.

“Untuk saya, ia bukannya untuk mereka. Semua yang saya lakukan adalah untuk diri sendiri. Ia kerja keras dari team saya sendiri.

“Saya menghadiri kelas vokal dan sebagainya. Ia sebenarnya lebih kepada untuk memajukan diri saya.

“Tahun 2021, macam-macam perkara yang terjadi. Sentiasa bangun dan menjadi versi yang terbaik untuk diri saya,” katanya.

Sementara itu, Gila yang dinyanyikan Kaka Azraff, Noki dan Loca B ciptaan mereka bersama Ezra Kong diumumkan juara utama AJL35 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Auditorium Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), Shah Alam itu.

Mereka memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000.

Sementara itu, video persembahannya turut menjadi trending di YouTube dengan menerima lebih 400,000 tontonan sehingga kini.

Dalam satu video yang dikongsi di akaun Nabila Razali Official FC, penyanyi ini

“Terima kasih banyak-banyak atas sokongan korang dan saya minta maaf kalau tidak dapat buat korang happy malam ni.

“Nanti kita jumpa kat luarlah kalau ada rezeki Insya-Allah. Thank you so much korang, Bella tahu korang sentiasa doakan untuk Bella, Bella je selalu hampakan korang,” katanya sambil berazam untuk berikan yang lebih baik selepas ini.

Sumber, Foto: Harian Metro, TV3, Nabila Razali

Published by
Rafiq Mazlan