Pelakon, Zul Ariffin telah memuat naik satu keping gambar di akaun Instagram miliknya yang berserta kapsyen ;
“Salam maghrib everyone! Inilah penyelamat untuk boyfriend korang yg kuat merokok!”
“Dah seminggu me sangat2 kurang merokok and jimat duit beli rokok, try it guys!” tulisnya.
Rata-rata netizen menasihati kepada Zul untuk berhenti merokok terus demi menjaga kesihatan.
Bukan itu sahaja, netizen juga turut memberi semangat dan dorongan kepada Zul untuk berhenti daripada merokok.
Alahai, sayang betul peminat-peminat kepada Zul.
Diharapkan Zul akan sentiasa cekal dan bersemangat untuk melakukan suatu perubahan yang membawa kepada kebaikan.
Untuk rekod, Zul kini sedang mempromosikan filem terbaru lakonan Zul yang berjudul Misteri Dilaila yang akan ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari 2019.
Turut sama terlibat di dalam filem seram berkenaan ialah Elizabeth Tan.
Foto : Instagram Zul Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sabtu Ni Birthday Dia,”- Datuk Kini Terlantar Di Hospital, Haziq Hussni Mohon Doa Ramai
Pengacara dan penyampai radio Haziq Hussni berkongsi berita sedih apabila datuknya, Muhamed Hassan Mohd Din kini dimasukkan ke hospital.
Kongsi Haziq, datuknya kini dilihat terlantar di hospital dan dalam keadaan kritikal.
Malah, dia turut memohon kepada semua pihak untuk mendoakan datuknya.
“Doakan kesihatan dada (atok) saya Muhamed Hassan bin Mohd Din.
“Keadaan dia agak teruk sekarang ni. Semoga dada kembali sihat.
“Hari sabtu ni birthday dada yang ke 80 tahun,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat tidak putus mendoakan semoga datuk Haziq cepat sembuh.
Kami di MH turut mendoakan agar datuk Haziq beransur pulih.
Foto:Instagram Haziq
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nanti Kalau I Tiada & You Kahwin Lain, Suami Baru…,” – Tak Mahu Ayda Jebat Ikat Peranakan, Respon Nabil Mahir Buat Ramai Tersentuh
Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat terharu saat mendengar respon suaminya yang juga pengacara, Nabil Mahir mengenai perancangan untuk menambah zuriat pada masa hadapan.
Menurut Ayda, pada mulanya dia menjangkakan suaminya itu sudah berpuas hati apabila mereka bakal dikurnikan cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
Namun, apa yang diucapkan Nabil nyata mengejutkan hati Ayda.
“Ya betul saya nangis tadi masa interview dan dapat banyak respon.
“Baru dua hari lepas saya tanya Nabil ‘Dah dapat sepasang, nak terus ikat atau nak tambah baby lagi kalau ada rezeki?’.
“He jawab ‘Taknak ikat.’ Saya kata ‘Wow! Nak berapa ramai?’,” tulisnya.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Pencuri Hati itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Jelas Ayda, Nabil tidak mahu dia mengikat peranakkannya kerana menyifatkab perkara yang bakal berlaku pada masa hadapan sememangnya tidak boleh dirancang.
“Nabil cakap ‘Dua pun alhamdulillah cukup, tapi tak payah ikat. Nanti kalau I tiada, kalau you kahwin lain, mana tahu your new husband nak ada anak dengan you’” kongsi Ayda lagi.
Lantaran itu, Ayda memberitahu, respon yang diberikan oleh Nabil itu membuatkan dirinya tersentuh dan sebak.
“Sis pun terdiam. Lepastu pura-pura ketawa (dalam hati nangis banjir) macam mana dia boleh fikir macamtu. Saya akan sentiasa menyayangi awak,” ujarnya lagi.
Difahamkan topik ini telah dikongsikan oleh Ayda dan Nabil sewaktu menjadi tetamu undangan di program radio, Suria FM pada Rabu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh membaca perkongsian tersebut selain turut menyifatkan Ayda sebagai seorang isteri yang sangat bertuah.
“Kapsyennya mengundang bawang.
“Saya ikut nangis tadi.
“Tak pernah terfikir apa yang Nabil fikirkan. Dia memang suami dan daddy yang terbaik.
“Sweet betul korang ni.
“Akak pun nangis. Allah sudah berikan Adik yang terbaik. InsyaAllah untuk selamanya,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk info, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari 2021 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini juga bakal menimang menimang cahaya mata lelaki yang dijangka lahir pada penghujung tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peguam Sedang Urus Proses Pengurusan Kes, Siti Nordiana; “Kena Tunggu Perkembangan Susulan Dari…”
Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana memaklumkan pihak peguamnya kini sedang menguruskan proses bagi menentukan tarikh perbicaraan semula berhubung kes saman RM2.5 juta terhadap lima individu atas dakwaan memfitnahnya di platform Instagram.
Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, pihaknya menunggu keputusan daripada mahkamah mengenai perbicaraan yang dijangka berjalan tahun hadapan.
“Mengenai kes tersebut, pada bulan 12 ini, pihak peguam akan melakukan proses pengurusan kes untuk menentukan tarikh perbicaraan pada tahun 2023.
“Jadi, kita kena tunggulah perkembangan susulan daripada pihak mahkamah,” katanya kepada MH.
Nana berkata sedemikian ketika ditemui pada sesi pelancaran single Menyantun Kasih, di Kuala Lumpur, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Nana menambah, buat masa ini dia belum boleh memberikan kenyataan lanjut berhubung kes tersebut.
“Lagipun perkara ini, saya tak boleh nak ulas dengan lebih lanjut sebab masih lagi dalam proses,” ujarnya lagi.
Pada Julai tahun lalu, Nana memfailkan saman itu menerusi menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates di Mahkamah Sesyen Sivil di sini dengan menamakan Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau Lan Solo, isterinya Nur Sheila Hassim dan Zuraidah Badron atau Syura masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar dan jurusolek artis bebas, Razidah.
Pada 19 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan dua daripada lima individu yang disaman penyanyi Siti Nordiana Alias untuk membatalkan saman difailkan penyanyi itu terhadap mereka berhubung dakwaan fitnah di platform media sosial Instagra, lapor Kosmo!
Dua individu itu ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music Sam Musyadzafar Samin, 44, dan jurusolek artis bebas Razidah Ahmad Senusi, 43.
Perkara itu dimaklumkan peguam Abang Azlan Abang Ariffin yang mewakili bintang berusia 38 tahun, selaku plaintif selepas prosiding kes secara dalam talian di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Dr. John Lee Kien How @ Mohd.Johan Lee.
Menurut peguam, mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan tersebut membayar kos RM3,000 kepada Siti Nordiana.
Dalam pada itu, Nana akui teruja apabila impiannya untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer dan penyanyi lagenda tanah air, Datuk M. Nasir akhirnya menjadi kenyataan.
Malah, Nana menyifatkan penghasilan lagu ini sebagai satu pengiktirafan buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.
“Lagu ini bergenre pop tetapi turut disuntik elemen sunda dan fusion. Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Datuk M.Nasir untuk lagu ini.
“Jadi, apa sahaja yang lagu yang beliau beri kepada saya saya akan terima kerana saya tahu hasilnya mesti terbaik.
“Datuk M.Nasir pun dah tahu kelebihan dan kekurangan saya sebagai penyanyi. Tak semua penyanyi berpeluang untuk menyanyikan lagu ciptaan beliau.
“Ia satu penghormatan buat diri saya kerana beliau sudi mencipta lagu untuk saya. Sebenarnya lama dah saya minta lagu daripada beliau cuma sekarang baru jadi kenyataan,” kongsinya lagi.
Lagu Menyantun Kasih kini sudah tersedia di seluruh platform penstriman dan muzik videonya pula boleh ditonton di saluran Youtube Luncai Emas bermula Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI