Pelakon, Zul Ariffin telah memuat naik satu keping gambar di akaun Instagram miliknya yang berserta kapsyen ;
“Salam maghrib everyone! Inilah penyelamat untuk boyfriend korang yg kuat merokok!”
“Dah seminggu me sangat2 kurang merokok and jimat duit beli rokok, try it guys!” tulisnya.
Rata-rata netizen menasihati kepada Zul untuk berhenti merokok terus demi menjaga kesihatan.
Bukan itu sahaja, netizen juga turut memberi semangat dan dorongan kepada Zul untuk berhenti daripada merokok.
Alahai, sayang betul peminat-peminat kepada Zul.
Diharapkan Zul akan sentiasa cekal dan bersemangat untuk melakukan suatu perubahan yang membawa kepada kebaikan.
Untuk rekod, Zul kini sedang mempromosikan filem terbaru lakonan Zul yang berjudul Misteri Dilaila yang akan ditayangkan di pawagam bermula 21 Februari 2019.
Turut sama terlibat di dalam filem seram berkenaan ialah Elizabeth Tan.
Foto : Instagram Zul Ariffin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesan Hanez Suraya, Kalau Habis Makan Di Rumah Terbuka Baliklah, Fasal Yang Baru Datang Tak Ada Tempat Duduk!
Pelakon dan usahawan, Hanez Suraya ada membuat luahan mengenai sikap sesetengah daripada individu yang dilihat pentingkan diri saat menghadiri rumah terbuka.
Kongsinya menerusi Insta Stories di Instagram,
“Gi open house rumah orang dah makan tu dah-dahlah baliklah. Ni melepak pun pergilah cari port lain.
“Orang baru sampai nak duduk makan tak ada tempat sebab korang punya duduk tak hengat. Kalau ya pun nak cuci mata bukan ini masanya
“Tengahari panas berkicap woi,” maklum ibu kepada seorang cahaya mata ini tegas.
Bagaimanapun, tidak dinafikan kesedaran mengenai hal sedemikian masih ada yang kurang diamalkan, lebih-lebih lagi dengan ibu yang sarat mengandung seperti Hanez. Sepatutnya bagilah ruang atau tempat duduk, tak gitu.
Foto: Instagram Hanez Suraya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Baru Lahir Mampu ‘Berjalan’
Sedutan video seorang bayi kini tular di Internet dan ramai pengguna media sosial menganggap bayi tersebut sebagai luar biasa kerana mampu ‘berjalan’ selepas beberapa minit dilahirkan.
Kejadian berlaku di Brazil apabila bayi yang difahamkan perempuan itu mampu ‘berjalan’ dan mengejutkan jururawat serta bidan di sebuah hospital ketika mahu memandikannya buat pertama kali.
Dalam video yang dimuat naik di media sosial jumaat lalu, tidak ada sumber sahih di hospital mana bayi tersebut telah dilahirkan namun ianya dipercayai di Hospital Santa Cruz, Rio Grande do Sul, Selatan Brazil berdasarkan pakaian seragam bidan tersebut.Video tersebut menunjukkan bayi berkenaan cuba berdiri dan melangkah ketika dipegang oleh seorang jururawat.
Masa yang diambil untuk seorang bayi normal mula berjalan mengambil masa antara sembilan bulan hingga setahun dan memerlukan sokongan untuk berdiri daripada orang dewasa.
Walau bagaimanapun, bayi berkenaan dilihat mempunyai kekuatan luar biasa apabila dia cuba bangun dan berjalan dengan berpaut pada tangan jururawat itu.
“Oh,‘budak perempuan’ ini berjalan,” kata bidan itu dalam bahasa Portugis
Seorang lagi rakannya pula berkata, “tunggu, biar saya rakam ini.”
“Saya mahu memandikannya, bayi ini tetap beruasaha bangun dan berdiri untuk berjalan. Dia berjalan dari sini ke sana,” katanya lagi.
Jururawat itu juga menunjukkan bayi tersebut ‘berjalan’ hampir satu meter dengan sokongannya.
Video berkenaan telah menjadi sebutan dan viral di media sosial apabila ditonton lebih daripada 50 juta kali dan dikongsi sebanyak 1.3 juta di Facebook
Sedikit tips cara penjagaan bayi yang baru lahir :
1. Uri bayi
Penjagaan bermula dengan uri bayi. Uri bayi hendaklah dibersihkan dengan sebaiknya dan ditanam mengikut hukum syara’.
2. Mandikan bayi dengan air suam
Sediakan terlebih dahulu baju, stoking, barut, minyak bayi dan sebagainya sebelum memandikan bayi. Selepas mandikan dia, anda tak perlu lagi nak kelam kabut.
3. Lapkan bayi supaya kering
Untuk mengelakkan bayi anda sejuk, lapkan segera dengan tuala tebal. Gunakan ‘alcoholswab‘ yang dibekalkan oleh doktor untuk disapukan pada tali pusat bayi supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.
4. Gunakan minyak bayi Sapukan minyak bayi pada perut, belakang badan, belakang betis dan tapak kaki bayi anda untuk beri keselesaan kepadanya. Minyak bayi juga baik untuk hilangkan kembung perut yang terjadi akibat daripada angin yang terkumpul
Sumber: hmetro
Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322
Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Patik Berbangga & Syukur Kerana Dikurniakan Seorang Raja Berjiwa Rakyat,” – Siti Nurhaliza
Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza marakamkan ucapan penghargaan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang akan menamatkan penggal pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
Menurut Siti, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah banyak mencurahkan bakti dan meninggalkan kenangan manis buat seluruh rakyat Malaysia.
“Patik sebagai rakyat Malaysia dan orang Pahang ingin menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kerana Tuanku berdua telah banyak memberikan kenangan manis dan kebaikkan sepanjang Tuanku berdua memerintah,” katanya.
Ucapan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Cindai itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Dalam pada itu, Siti turut mendoakan semoga Seri Paduka dan Tunku Azizah sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan berada di dalam lindungan Allah SWT.
“Rakyat Malaysia pasti akan merindui Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku berdua. Doa patik dan seluruh rakyat Malaysia semoga Tuanku berdua akan terus dilindungi Allah SWT dan diberikan kesihatan yang baik.
“Sebagai orang Pahang, patik bangga kerana Tuanku berdua telah berikan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Ampuan Tuanku, kita jumpa di Pahang,” katanya lagi.
Hari ini negara akan menyaksikan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ke negeri Pahang.
Setelah lima tahun menjalankan amanah memayungi negara, keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuatkan rakyat jelata turut berduka.
Al-Sultan Abdullah akan digantikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 selama tempoh lima tahun bermula esok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI