“Dah Sihat, Macam Ni Pula Perangai Kau, Tak Boleh Ditegur,”- Individu Beri Mesej Biadab Datang Lagi, Elyana Kecewa ‘Nasihat’ Jadi Tiket Untuk Caci

Share

Baru-baru ini, penyanyi Elyana ada mendedahkan hantaran berbaur negatif yang diterimanya daripada seorang individu di ruangan direct message di laman Instagram.

Mesej tersebut dikatakan berniat untuk menegur Elyana yang didakwa cuba mencari simpati di media sosial berikutan penyakit kanser limfoma tahap empat yang pernah dihidapinya sebelum ini.

Terbaru, individu yang sama dikatakan sekali lagi meninggalkan mesej buat Elyana selepas berang dengan tindakan penyanyi tersebut yang mendedahkan mesejnya sebelum ini.

Individu berkenaan menyifatkan Elyana seperti tidak boleh menerima teguran dan tindakannya mendedahkan mesej tersebut sememangnya tidak boleh diterima.

“Amboi, aku PM tepi kau je kan. Bukan aku cakap dalam komen. Melampau betul kau ni. Dah sihat, macam ni pula perangai kau. Tak boleh kena tegur pula.

“Kau tengah suka penyakit dah hilang. Mana kau perasan apa yang kau buat sekarang. Bukan main cabar aku pula jumpa nasihat depan-depan. Masuk dalam story pula tu.

“Kau kalau tak boleh kena tegur, tak payah posting apa-apa. Ini aku tegur dalam dm ye. Belum aku tegur dalam komen. Benda yang betul aku cakap. Orang keliling yang nampak.

“Kau mana nampak diri sendiri. Serius melampau kau ni,” katanya.

Pendedahan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu menerusi hantaran di Instagram stories.

Pada masa sama, Elyana turut memberikan respon terhadap mesej individu yang ditinggalkan individu tersebut.

Menurut Elyana, hasratnya untuk memaafkan individu tersebut dikatakan terbantut selepas membaca mesej berkenaan.

“Ingat diam dah. Baru nak maafkan. Inilah contoh zaman sekarang, gunakan ‘nasihat’ untuk bagi green light mencaci dan memaki orang.

“Hujung-hujung dia kata kita tak boleh terima nasihat. Sampaikan value nasihat tu dah semakin hilang,” balas Elyana.

Jelasnya lagi, dia merasakan orang masa kini dilihat banyak menggunakan alasan ‘nasihat’ sebagai tiket untuk melemparkan kata-kata negatif kepada individu lain.

Sekadar informasi, pada Disember tahu lalu Elyana memaklumkan dirinya telah bebas dan pulih daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang ditanggung sejak 11 tahun lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Elyana

Published by
Aizam Manaf