“Dah Takde Job La Tu!,” – Cari Rezeki Halal, Lufya Omar Tak Malu Jual Kek

Share

Mengenang status semasa yang melanda, penyanyi dan pelakon, Lufya Omar kini kian aktif menceburi dunia perniagaan kek lapis istimewa.

Biar karier seninya dilihat sedikit perlahan, ibu kepada seorang cahaya mata ini tidak berasa malu menjadi seorang peniaga kek.

Malah, dia secara seloroh mengakui kek yabg dijual sedap untuk dinikmati dan tidak kisah untuk cari rezeki asalkan halal.

“Artis jual cake? Dah takde job la tu! Amboi! Lufya shooting soon fya update nanti.

“Apa nak malu fya jual kek sedap tau!  janji cari duit halal makan duit halal besarkan anak duit halal!

“Jangan sampai jadi orang yang “biar papa asal bergaya” Sodeh..3 jenis cake je fya jual buat masa ni kek lapis boleh pos,” tulisnya bersama tiga varian kek yang dijual iaitu Premium Lapis Rempah, Premium Lapis Prune dan Premium Durian Cake.

Terdahulu, Lufya mendirikan rumah bersama Dr Che Muhammad Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Laan Haura, 2 tahun.

Bagaimanapun, pasangan tersebut sudah pun  pada 17 Jun lalu.

Foto: Instagram Lufya

Published by
Nazar Rafiqhi