Penyanyi Indonesia, Yura Yunita mendedahkan dirinya terpaksa berdepan pelbagai cabaran sewaktu di awal kerjaya sebagai anak seni.
Menurut Yura, dia pernah diminta untuk melupakan hasratnya l menjadi seorang penyanyi kerana penampilannya yang dikatakan kurang menarik.
“Ketika berusia 15 tahun, saya pernah berada di posisi dimana ada pihak yang mengatakan penampilan saya tidak mencapai ‘beauty standard’ sebagai seorang penyanyi di Indonesia seperti yang dimahukan masyarakat.
“Mereka kata, badan saya tidak cukup lansing, rambut saya tak cantik, persoalkan warna kulit dan tidak cukup tinggi.
“Saya jadi tertanya-tanya, mengapa ia boleh jadi seperti itu? Kan sudah takdir tuhan kita dijadikan seperti ini. Saya pernah kecewa dulu,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Dunia Tipu-Tipu ini percaya setiap orang patut diberikan peluang yang sama untuk mengejar apa yang mereka impikan.
“Saya bersyukur kerana dikelilingi orang-orang yang sangat menyokong saya seperi ibu dan nenek. Jadi, saya bertekad untuk tidak mempedulikan tanggapan negatif tersebut. Saya percaya setiap orang di dunia ini patut diberikan peluang yang sama.
“Kita juga mampu melantangkan suara untuk meluahkan isi hati yang terdalam. Jadi, semua lagu-lagu saya adalah berkisarkan pengalaman hidup saya selama ini.
“Walaupun ada yang cuba menutup jalan mimpi saya, perkara tersebut akan menjadikan diri saya bertambah kuat untuk terus berdiri tegak dan mengejarkan impian saya.
“Bagi saya, kita tak perlu menghiraukan tanggapan orang lain. Yang penting kita percaya pada diri dan cipta jalan bahagia kita sendiri. Kerana itu juga saya mampu bertahan sampai hari ini,” ujarnya lagi.
Yura berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media konsert Pertunjukan Tutur Batin Live Consert yang berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada Khamis.
Bercakap mengenai konsertnya itu, Yura akui teruja kerana akhirnya dia dapat memenuhi pemintaan peminat untuk melihat persembahannya dengan lebih dekat.
“Sebelum ini, saya terima banyak dm daripada peminat Malaysia untuk saya datang mengadakan konsert di sini. Ada juga yang sanggup datang ke Indonesia semata-mata untuk melihat persembahan saya secara langsung.
“Saya sudah buat persediaan dengan cukup lama untuk tidak menghampakan peminat di sini.
“Kuala Lumpur merupakan konsert jelajah pertama saya pada tahun ini. Ia kemudiannya akan diikuti pula ke beberapa buah kota di Indonesia dan diakhiri di tempat kelahiran saya, Bandung,” akhirinya.
Bakal mempersembahkan hampir 17 buah lagu, Yura turut mendedahkan dirinya akan bergandingan dengan seorang penyanyi Malaysia yang identitinya masih lagi dirahsiakan.
Terdahulu, pada 2022, Yura telah menerima anugerah Artis Pop Solo Wanita Terbaik di di Anugerah Muzik Indonesia menerusi album Tutur Batin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI