Memastikan stamina dan kecergasan berada di tahap yang terbaik sememangnya amat penting buat seseorang penyanyi.

Terbaru, perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang memaparkan dirinya sedang melakukan rutin senaman dengan menggunakan battle rope nyata menarik perhatian ramai pihak.

Meskipun rutin senaman tersebut dilihat agak ekstrem, namun Siti dilihat sangat bersahaja ketika melakukannya.

“Dah Tua Ni Sepatutnya Buat Amal Tapi…,” – Ditegur Sebab Kongsi Video Work Out Dengan Battle Rope, Netizen Back Up TokTi

Rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa kaum melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Bagaimanapun, perkongsian Siti itu turut mengundang kritikan daripada seorang individu di ruangan komen.

Ads

Kata individu tersebut, pada usia sekarang, Siti sepatutnya memperbayak amal ibadah berbanding membuat persediaan untuk menjayakan konsert atau persembahan.

“Dah Tua Ni Sepatutnya Buat Amal Tapi…,” – Ditegur Sebab Kongsi Video Work Out Dengan Battle Rope, Netizen Back Up TokTi

“Dah tua ni sepatutnya buat amal tapi kuat untuk konsert dan persembahan pula,” tulisnya.

Namun, kenyataan individu terbabit disangkal oleh netizen-netizen kerana merasakan urusan amal ibadah tidak perlu didedahkan kepada umum.

Ads

“Dah kerjaya dia penyanyi, mestilah peminat nak tengok konsert dia. Amal awak dah banyak ke? Tok Ti tahulah apa dia buat.

“Sentiasa bersangka baik dalam hidup.

“Amalan dia biar dia dengan Allah sahaja tahu.

“Awak nampak ke amalan yang Siti buat? Apapun, kesihatan memang kena jaga juga.

Ads

“Macam ni punya orang pun ada? Sejenis yang suka jatuhkan orang. Hati tak cukup bersih lagi kalau asyik nampak silap dan negatif orang sahaja,” antara komen-komen netizen.

“Dah Tua Ni Sepatutnya Buat Amal Tapi…,” – Ditegur Sebab Kongsi Video Work Out Dengan Battle Rope, Netizen Back Up TokTi “Dah Tua Ni Sepatutnya Buat Amal Tapi…,” – Ditegur Sebab Kongsi Video Work Out Dengan Battle Rope, Netizen Back Up TokTi

Sehingga kini, video tersebut telah pun meraih hampir satu juta tontonan di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI