
Baru-baru ini, usahawan dan penyanyi rap, Caprice ada memuat naik foto bersama rakan-rakan artis menerusi akaun Instagaram miliknya.
Menerusi posting tersebut, Caprice turut dilihat telah berkongsi gaya terkini sahabatnya yang juga merupakan seorang penyanyi, Sufian Suhaimi yang dilihat telah bertukar imej kepada botak.
View this post on InstagramA post shared by Caprice (@capriceofficial) on
“Sufian dah botak, dinner with the Badboiis,” tulisnya.
Foto berkenaan nyata menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat yang terkejut melihat tranformasi Sufian itu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Janji itu dilihat masih belum berkongsi penampilan terkininya itu bersama peminat di mana-mana akaun media sosial.
Melihat di ruangan komen pula, rata-rata netizen memberikan reaksi positif terhadap gaya barunya itu.
Selain bergelar penyanyi, Sufian kini turut dilihat sibuk menguruskan perniagaan ‘zikir pillow’ khusus buat kanak-kanak.
Sumber: Instagram Caprice
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ingat Tak Penat Ke Duduk Rumah Uruskan Keluarga,”- Shakilla Khoriri Tak Mengeluh, Cuma…

Pelakon Shakilla Khoriri berasa bebas apabila dapat keluar rumah tanpa suami dan anak.
“AKU bila dapat keluar rumah.
Bebas !
Wey bebas bukan lah kata kau pi mabok ke berfoya2 ke apa tapi BEBAS lah kejap dari sangkar tempat kau kumpul pahala.
“Ingat tak penat ke duk rumah uruskan keluarga walaupun tak PERFECT !
Kemas rumah.
Masak makanan kau laki kau anak kau !
PENAT doh,” tulisnya.
Bagaimanapun, isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu akui tidak mempunyai pembantu rumah bagi menguruskan keluarganya, sebaliknya dengan keringat dan tenaga dari dirinya sendiri.
“Well aku bukan mengeluh.
Aku cuma cakap benda betul.
Anddddd aku takde bibik atau helper atau siapa2 bantu.
Kerja rumah pun banyak bertimbun macam tak habis nak kemas.
Tapi sekarang alhamdulillah Ameena dah besar sikit. Dah pandai nak main sendiri walaupun hilang aku dari pandangam dia mula dia buat resah gelisah..APOOO !
“Yes thank God Fizi ada jugak membantu walaupun dia ni sejenis tak boleh penat.
Takpa..Lega sikit aku.
At least dia tak hamprak lepas makan tak basuh pinggan sendiri 🤣😂
Choii laki gituh !
“So bila masa aku ada aktiviti kat luar atau kerja masa tu lah sayap maleficent aku nak kembang… ok lah takde lah kau mental dok terperap kat rumah.
Kang hospital sakit mental pulak cite aku,” akhirinya.
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Dalam perkembangan lain, Shakilla kini sedang sibuk melakukan aktiviti di gim bagi mendapatkan bentuk badan ideal selepas melahirkan permata sulung pada Mac lalu.
Terdahulu, Shakilla dan Fizi diijabkabulkan pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak, Ameena Sofia yang kini berusia 10 bulan.
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Foto : Instagram Shakilla Khoriri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sempena Ulang Tahun ke-25, Astro Siar All Together Now Malaysia

Bagi menyemarakkan lagi sambutan ulang tahun ke-25 dan tanda penghargaan buat para pelanggan yang setia, Astro dengan berbesar hati membawakan tayangan ‘All Together Now Malaysia’ atau ‘ATNMY’ secara eksklusif di saluran Astro Ria dan platform digital.
Menepati tagline ‘Bersatu Dengan Lagu’ dan konsep program realiti yang mengangkat semangat muhibah dan kebersamaan di kalangan rakyat Malaysia, pentas ‘ATNMY’ bakal dibuka dengan sebuah episod istimewa Astro ke-25 yang dijadualkan untuk bersiaran secara eksklusif pada hari Sabtu, 11 September 2021, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Rancangan ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Manakala konsert mingguan selama 10 minggu pula akan mengisi slot hari Ahad, jam 9.00 malam bermula dengan tayangan konsert minggu pertama pada 12 September 2021.
Menurut Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, pihakbya bersyukur kerana semuanya telah selesai dan berterima kasih atas penglibatan semua pihak.
“Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat.
“Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami,” katanya menerusi satu kenyataan.
ATNMY adalah sebuah pertandingan nyanyian adaptasi daripada format antarabangsa popular ‘All Together Now’ yang berasal dari United Kingdom terbitan BBC One.
Malaysia merupakan negara ke-17 di dunia dan yang pertama di Asia Tenggara menerbitkan program ini untuk versi tempatan.
Selebriti popular, Sherry Al Hadad menggalas tanggungjawab selaku hos pentas utama.
Manakala program kapsul ‘Di Sebalik All Together Now Malaysia’ pula dikendalikan oleh gandingan Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar.
Pengacara, Aswad Jalil dan personaliti media sosial yang ini bergelar pelakon, Norreen Iman pula digandingkan sebagai ‘hos’ program ‘All Together Now Malaysia Live Plus’ yang akan disiarkan secara serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Seramai 50 juri daripada barisan penggiat seni tersohor tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara dan personaliti media sosial telah dilantik untuk mengadili program ini yang diketuai oleh selebriti popular Dato’ AC Mizal selaku ‘Kapten Juri’.
Nasib para peserta akan diadili oleh barisan 50 juri profesional berdasarkan sistem penjurian kalah mati. Setiap juri mewakili dua markah.
Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan mara ke peringkat akhir ‘ATNMY Final’ untuk merebut gelaran juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tengok Puas-Puas Muka Anak,”- Hasil Jagaan Sendiri, Anzalna Puas Hati Dapat Lihat Eidrees Membesar Depan Mata

Pelakon Anzalna Nasir meluahkan rasa terharu apabila dapat membesarkan anak sulungnya, Mohamed Eidrees dengan jagaannya sendiri.
Tidak mengharapkan mana-mana pembantu rumah, finalis Dewi Remaja 2009/10 itu berpuas hati dapat menjaga dan melihat telatah Eidrees membesar dengan baik dan sihat.
“Impian setiap ibu untuk menjaga anak sendiri. Jika kita ada rezeki dan peluang untuk menjaga sendiri anak kita, gunakanlah.
“Biarlah tangan sendiri yang mengasuh dan mencorakkan mereka. Tengok puas-puas muka anak, keletah dan karenah anak. Sekejap je mereka membesar. Jap, I nak menangis kat tepi zirafah tu,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
View this post on InstagramA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
Terdahulu, Anzalna,31, berpuas hati kerana dapat menjaga anaknya yang kini berusia lapan bulan tanpa mengharapkan mana-mana pembantu.
View this post on InstagramA post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on
Untuk rekod, Anzalna dan Hanif Zaki berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
Foto: Instagram Anzalna Nasir
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI