“Dah Viralkan Orang Kata Abang Lori,” – Segak Pakai Baju Lelaki, Peminat Tular Di GV9 Ini Jelaskan Tak Ambil Hati Dengan Komen

Share

Lelaki yang pernah viral susulan berpenampilan yakin setiap kali hadir menonton Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Ann terbuka sekiranya pihak Astro sudi mengundangnya untuk menonton mana-mana program hiburan lain selepas ini.

Berkongsi perkara itu menerusi akaun Tik Tok Miliknya, Ann, 30an, juga sekali lagi menjelaskan dia tidak pernah terasa hati dengan pelbagai komen nakal yang diberikan wargamaya sebelum ini.

@annartis662
Hai suma syg2 ku. Ada yang rindu tak Sama ann artis ni.♬ bunyi asal – annartis866

“Dah lama kita tak bersua kan? GV pun dah habis. Jadi selepas ini sekiranya ada program lain yang ditawarkan kepada saya, InsyaAllah saya akan ambil. Dah viralkan orang kata… Abang lori.

“Saya terima kecaman itu. Tak kisah pun apa yang orang nak cakap. Itu mulut orang, mereka boleh bercakap apa sahaja. Itu orang kata netizen yang komen, saya tak ambil kisah pun. Habis bercakap nanti, mereka diamlah.

“Kau ada masuk media, tak ada kan? So kalau tak ada kau diam. Apa pun insyaAllah kalau ada tawaran lain selepas ini saya akan ambil. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, Ann menerusi MH menyifatkan segala komen yang diterima sebagai gurauan selain akui mulut orang tidak boleh ditutup.

Artikel Berkaitan;

Tular Disamakan Macam Pemandu Lori Oleh Netizen, Ann Artis Tampil Yakin Di GV9 Akhir & Gembira Jaclyn Victor Menang

“Saya Biarkan Saja, Buat Macam Biasa,” – Macam Pemandu Lori Antara Komen Netizen, Figura Ann Artis Di GV9 Raih Perhatian

“Komen-komen sedemikian saya biarkan sahaja. Bagi saya ia satu gurauan dan saya okay. Saya jarang balas balik apa yang warganet perkatakan. Saya cuma bagi ‘love’.

“Kalau nak diikutkan antara komen paling lucu yang pernah saya terima ialah bila ada yang samakan saya dengan pemandu lori. Saya cakap tidak mengapa, mulut orang kita bukan boleh tutup.

“Reaksi saya, buat macam biasa. Tambahan pula saya ni jenis tak ambil kisah orang nak katakan apa terhadap saya. Malah ada juga yang beritahu mereka hanya bergurau, jadi saya faham,” katanya yang turut dikenali sebagai Cik B.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH