Dahi & Pipi Terkoyak Sebab Jatuh Basikal, Ronnie Hussein Terima 6 Jahitan

Share

Penyanyi, Ronnie Hussein dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan basikal pada Selasa.

Menurut Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussein, kemalangan tersebut telah menyebabkan bahagian dahi dan pipinya luka sehingga terpaksa menerima enam jahitan.

“Alhamdulillah tak ada yang serius cuma dahi dan pipi je koyak sikit. Enam jahitan,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan Hyper X itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Sementara itu, Ronnie turut memberitahu, kecederaan lebih teruk mungkin boleh berlaku sekiranya dia tidak mengenakan pakaian yang sesuai.

“Seluar panjang dan baju lengan panjang sangat membantu mengurangkan kecederaan serius. Moga kita semua sentiasa didalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Amin,” kongsinya lagi.

Menerusi posting yang sama, penyanyi lagu Dikoyak Waktu ini turut memaklumkan mengenai keadaan terkininya.

“Alhamdulilah, dahi saya yang koyak telah dijahit. Alhamdulillah tiada apa yang serius dan patah. Doakan yang terbaik untuk saya,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti akui terkejut selain turut berharap agar Ronnie dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

Terdahulu, Ronnie difaham telah melakukan aktiviti berbasikal pada malam Selasa bersama beberapa orag rakannya.

Perkara berkenaan turut dikongsikan oleh Ronnie menerusi ruangan Instagram Stories.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Ronnie Hussein

Published by
Aizam Manaf