Simpati dan kasihan itulah yang boleh MH Online katakan apabila membaca kisah seorang peniaga kek yang menjadi mangsa aniaya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Jika selama ini kita sering dengar cerita tentang pembeli ditipu oleh penjual online, kali ini lain pula ceritanya apabila penjual ditipu bulat-bulat oleh pelanggannya sendiri.
Lebih mengeruhkan keadaan apabila pelanggan itu sendiri cuba memutar belitkan alasan demi mengelak daripada membayar kek tersebut.
Malah menggunakan bahasa yang sungguh kasar dan menggelarkannya dengan gelaran yang tidak sedap untuk didengari.
Memang melampau!
Melalui sebuah perkongsian di Facebook, pembuat kek yang dikenali sebagai Anna Suhana melahirkan kekecewaannya apabila pelanggannya itu tidak mahu membayar kek tersebut sebaliknya cuba mencari kesalahannya.
Katanya, walaupun sudah beberapa kali memberi cadangan untuk menukar warna aising memandangkan pelanggan tersebut kurang gembira dengan warnanya namun dia engan malah siap minta dikurangkan harganya.
Bukan itu sahaja, Anna turut kecewa apabila pelanggan itu turut memanggilnya ‘bodoh’ kerana kononnya tidak memahami situasinya.
Ini dia beberapa screen shoot perbualannya bersama pelanggan yang tidak bertanggungjawab ini…
Sungguhpun sakit hati dan rasa geram, Anna memberitahu niat sebenarnya untuk berkongsi cerita adalah kerana ingin individu terbabit tidak ulangi sikap sebegini. Malah meminta untuk belajar menjaga hati orang.
Bagi MH Online memang perkara seperti ini tidak patut terjadi. Walaupun ramai yang beranggapan mungkin silap Anna kerana buat kek yang tidak mengikut cita rasa pembeli namun pasti ada cara yang lebih baik untuk reject kek ini bukan? Janganlah diam dan hanya mencari kesalahan si pembuat.
Buat Anna pula, mungkin ini satu pengajaran. Sebab itulah pentingnya untuk ambil wang deposit sebelum melakukan sesuatu job, sekurang-kurangnya bila terjadi seperti ini tidaklah terlalu ralat.
Apa pun yang baik di jadikan tauladan dan yang buruk kita jauhkan.