Awal semalam, penyanyi dan penyampai radio, Mawi ada berkongsi foto lamanya saat awal-awal penglibatan dalam dunia nyanyian.
Lebih 14 tahun berlalu, bintang tersebut menerusi Instagram mengimbas memori yang paling diingati iaitu ketika menyertai program realiti, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3).
Mawi turut diangkat sebagai juara untuk musim berkenaan.
View this post on InstagramCute … Kan ..? Kah kah ! . #14TahunLepas #AkademiFantasia3 #Af3 #MawiWorld #Mawi
A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on
“Cutekan? Kah kah,” tulisnya ringkas sambil disertai dengan tanda pagar #14TahunLepas, #AkademiFantasia3, #AF3, #MawiWorld dan #Mawi.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-rata pencinta seni turut sama mengimbau saat bintang berkenaan yang pernah menjadi fenomena lebih hampir 15 tahun dulu.
Malah, ada di antara mereka yang turut berkongsi pengalaman ketika era ‘TsuMawi’ melanda pencinta seni ketika itu.
Mawi atau nama sebenarnya, Asmawi Ani mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 bersama Nora Asyikin Rahmat atau Ekin, dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cahaya Malaika.
Foto: Instagram Mawi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Lembut Je Suara Dia,”- Isteri Rasa ‘Sejuk Hati’, Amy Search Hafal Ayat Suci Al-Quran
Jumaat yang indah pada hari ini, isteri kepada penyanyi rock senior, Amy Search iaitu Norhasniza Hassan atau mesra dengan panggilan Qasander telah berkongsi video di Instagramnya beberapa jam lepas.
Video tersebut memaparkan Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menghafal ayat suci Al-Quran iaitu surah Al-Waqiah.
“I’m a proud wife.. Alhamdulillah. Suami I hafal surah Al-Waqiah. I am so jelaous.. Dia ckp nnti dia belajar lagi. Sorry sound Jawa belom masuk slang Arab lagi,” kongsi Qasendra mengenai video tersebut.
“Salam Jumaat semua . Alhamdullilah @aku.amysearch . Lepas ni kita habiskan dgn @ubs02pro ya . .
Bila u mengaji mcm Mak . Mak mesti bangga tgk anak dia hafaz quran . .
“Lembut jer suara dia,” tulis Qasander di ruangan kapsyen.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji kehebatan Amy menghafal surah tersebut yang menceritakan mengenai gambaran Hari Kiamat.
Wah! Tenang rasa bila dengar penyanyi rock tanah air menghafal ayat suci Al-Quran, kan?
Semoga hari Jumaat ini membawa 1001 kebaikan buat mereka sekeluarga.
Video : Instagram Qasander, Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hati Ni Macam Disiat Bila Orang Ingat Kita Pengotor,” – Dedah Pernah ‘Direject’, Sissy Iman Kongsi Fasa Alami Masalah Kulit Muka Teruk
Penyanyi dan pengacara, Sissy Iman mendedahkan, satu ketika dahulu, dia pernah mengalami masalah kulit muka yang agak teruk sehingga menyebabkan dia rasa hilang keyakinan diri.
Menurut Sissy, masalah kulit muka ini sebenarnya telah pun menghantui dirinya sejak tahun 2019 lagi.
“Tengah bersihkan gallery, jumpa pulak gambar-gambar ni. Circa 2019-2020-2021.
“I think most of you dah tahu, few years back in 2019, Sissy ada share video Sissy nangis sebab skin teruk dan guess what?
“It doesn’t get any better, in fact it got worst years after that sampai la ke pertengahan tahun ni,” tulisnya.
Tambah menyedihkan apabila Sissy memberitahu, namanya juga sering kali ditolak dek kerana masalah yang dialami pada wajahnya itu.
Malah, dia juga pernah digelar sebagai pengotor kerana didakwa tidak menjaga kebersihan muka dengan baik meskipun telah berusaha dan berhabis duit untuk mencuba pelbagai jenis produk.
“Benda paling sakit sebenarnya adalah bila kita kena reject sebab rupa/kulit. Dah berapa kali hati ni macam disiat bila orang ingat kita tak buat pape untuk jaga kulit. Orang ingat kita pengotor sebab biar ja kulit gitu.
“Hakikatnya dah berapa banyak duit, berapa banyak product kita campak masuk tong sampah walaupun tak habis pakai sebab tak sesuai dengan muka kita.
“Cover la pakai make up? Make up pun sampai tak boleh cover buncit buncit jerawat toh. Letak setitis foundation pun rasa gatal, pedih.
“Maka gigih la download macam-macam filter nak kasi diri nampak konon flawless,” kongsinya lagi.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pengacara program Muzik-Muzik itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Sissy meluahkan rasa syukur kerana masalah kulit muka yang dialaminya itu kini telah pun beransur pulih.
Lantaran itu, Sissy turut menyeru kepada semua pihak yang mengalami masalah sama sepertinya untuk sentiasa kuat dan jangan jadikan kekurangan tersebut sebagai penghalang untuk mengecap kejayaaan.
“But I got through it, kulit dah better sekarang but i don’t even know kalau dia kembali pulang ke state dulu. Doakan tidak, sebab perit guys.
“Jadi kalau rupa korang macam gambar kat atas ni dan selalu persoalkan “siapa namaku padamu” pada orang yang korang sayang, Sissy nak bagitahu korang, macam mana pun condition kulit korang, korang tetap Bintang, bukan Buntu.
“Tak perlu dipersoalkan cinta yang bergantung pada rupa toh. Tinggalkan kalau ia terlalu menyiksakan. Tanpa gelap malam, manakan zahir gemerlap bintang.
“Take your time to heal bintang,
With or without jerawat,
Shine on,” luahnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan pandangan yang sama selain turut memuji semangat cekal yang ditunjukkan oleh Sissy itu.
“I totally feel you sister. Sending you love, hugs and kisses.
“Love you no matter what Sissy.
“No matter what, you’re beautiful inside out,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Dalam perkembangan lain, bekas peserta program realiti, Big Stage musim pertama ini baru sahaja melancarkan single terbarunya yang berjudul Namaku Padamu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Sissy Iman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Doktor Nasihatkan Untuk Bedah,” – Isteri ‘Berjuang’ Lebih 13 Jam, Zalif Sidek Syukur Nikmat Sambut Bayi Sulung
Pelakon Zalif Sidek menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Anis Marzuki selamat bersalin di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang pada jam 9.15 malam Selasa.
Bayi seberat 3.2 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan dan Zalif akan berkongsi nama dan foto bayinya dalam masa terdekat ini.
“Saya sangat bersyukur isteri selamat bersalin dan kedua-duanya dalam keadaan sihat dan baik.
“Mulanya memang isteri akan bersalin secara normal tapi lepas menunggu hampir 13 jam, bukaan rahim masih lagi kecil, jadi doktor nasihatkan untuk bedah.
“Alhamdulillah, tepat jam 9.15 malam lahirlah puteri sulung kami,” katanya kepada MH.
Menurut Zalif lagi, isterinya akan menjalani proses berpantang di kediaman ibu mentuanya di Kuantan.
“Selepas ini, saya akan ulang-alik dari KL ke Kuantan dalam tempoh isteri berpantang, ibu mentua saya akan jaga dia.
“Saya pun memang dah kosongkan jadual sepanjang Januari untuk beri fokus pada isteri dan anak,” katanya yang mengidam untuk memiliki empat cahaya mata.
Sekadar info, Zalif mendirikan rumah tangga dengan Anis pada 26 Februari tahun lalu.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Zalif memperoleh kegembiraan berganda apabila dia berjaya memenangi anugerah Pelakon Iklan Popular di Indonesia.
Walau bagaimanapun, dia tidak dapat menghadirkan diri ke majlis anugerah yang bakal diadakan di Surabaya, Indonesia pada 27 Januari ini bagi memberikan penjagaan fokus terhadap isteri dan anak.
“Saya pernah terlibat sebagai pelakon iklan untuk produk dari Indonesia, Extra Joss. Mungkin dari situ, pihak penganjur melihat bakat dan pencapaian karier saya.
“Tapi saya tidak dapat datang ke majlis anugerah itu nanti kerana isteri baharu sahaja bersalin, mungkin wakil dari Extra Joss yang akan ambilkan untuk saya,” katanya lagi.
Terbaharu, Zalif bakal tampil dengan dua filem terbaharu iaitu Kak Yong dan Tantiana yang bakal menjengah pawagam pada tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI