Paling dinanti, persembahan kumpulan Slam di program Konsert Minggu Ini di RTM 2 nyata ditunggu-tunggu peminat.

Mengalunkan lagu-lagu yang kekal malar segar sehingga ke hari ini, persembahan Slam Sabtu lalu dikira berjaya mengubat kerinduan ramai dan tidak hairan andai program bereknaan turut trending sepanjang siarannya!

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi akaun Instagram, Hiburan TV RTM.

“KITA TRENDING! Thank youu semua yg telah menonton KMI SLAM Sebentar td trending mlm ni uollss. Min rasa happy sangat-sangat.

“Penerbit Rashidah Ali ucap terima kasih kat korang semua masa siaran td dia watsap min suruh bagitau. Korang semua memang terbaik teruskan menyokong kami lovee!,” tulis admin akaun terbabit.

IKLAN

Malah menerusi ruangan komen pula, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja selain memuji Zamani yang tetap meneruskan persembahan meski tidak berapa sihat.

“Dahsyat Slam, Rakaman Pun Boleh Trending,” – Fans Teruja Konsert Minggu Ini, Persembahan Zamani Ubat Rindu

IKLAN

“Dahsyat Slam, Rakaman Pun Boleh Trending,” – Fans Teruja Konsert Minggu Ini, Persembahan Zamani Ubat Rindu

IKLAN

Konsert Minggu Ini merupakan program hiburan mingguan yang memberi peluang buat artis baru dan lama membuat persembahan di hadapan penonton.

Rakaman program berkenaan di lakukan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Foto: Instgram Zamani, Hiburan TV RTM

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI