Bekas vokalis utama kumpulan R&B terkenal En Vogue, Dawn Robinson, baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan apabila mengaku dirinya hidup sebagai gelandangan dan terpaksa tidur dalam kereta selama hampir tiga tahun.

Dalam satu video di saluran YouTube miliknya berjudul YOUR NEW LIFE IS IN THE SCARY, Dawn membuka kisah sebenar mengenai kejatuhan hidupnya selepas berdepan dengan kesulitan kewangan akibat pandemik.

Dari Populariti ke Jalanan

Menurut Dawn, selepas pandemik melanda, dia tinggal bersama ibu bapanya di Las Vegas, namun keadaan itu tidak bertahan lama. Kongsinya, “Pada mulanya semua indah, namun kemudian keadaan menjadi teruk. Ibu saya mula marah dan saya selalu menjadi target.”

Dahulu Albumnya Terjual 20 Juta Keping, Kini Hidup Sebagai Gelandangan

Situasi menjadi lebih sukar apabila bekas pengurusnya meyakinkannya untuk berpindah ke Los Angeles, tetapi malangnya hanya membiarkannya tanpa hala tuju yang jelas.

Ads

“Saya ingat dia mahu membantu saya mencari tempat tinggal tetap, tetapi saya cuma ditempatkan di hotel sementara tanpa penyelesaian jangka panjang,” dedahnya.

Kerana keadaan yang semakin mendesak, Dawn mula menyelidik cara hidup dalam kereta dan mengejutkannya, dia mendapati bahawa dirinya boleh menyesuaikan diri dengan situasi tersebut.

Hidup Bersandar Pada Kawan dan Gimnasium

Walaupun tidak memiliki rumah sendiri, Dawn berkongsi bahawa dia mempunyai keahlian di sebuah gimnasium untuk tempat mandi dan menjaga kebersihannya.

Ads

Dalam tempoh sukar ini, dia juga berterima kasih kepada ibu bekas teman lelakinya, pembantu peribadinya Niecy, abangnya Evin, serta penyanyi Klymaxx, Joyce Irby, yang menjadi penyokong utamanya.

Namun begitu, Dawn tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya terhadap kakaknya yang didakwa telah mengkhianatinya di masa lalu.

Ironinya, pendedahan mengejutkan ini muncul selepas En Vogue membuat persembahan di NBA All-Star Weekend 2025 tanpa Dawn di Oakland.

Ads

Imbas kembali, Dawn merupakan anggota asal Kumpulan En Vogue bermula 1989 sebelum memilih untuk membawa haluan sendiri pada 1997. Kemudian, dia sekali lagi menyertai kumpuan itu tetapi untuk seketika pada 2005 dan 2008 sehingga 2011.

Selain En Vogue, Dawn pernah menyerti Kumpulan Lucy Pearls dan menghasilkan sebuah album yang mencapai taraf platinum.

En Vogue pernah mencatat kejayaan besar dengan jualan melebihi 20 juta rekod, dan menjadi antara Kumpulan penyanyi wanita paling ikonik dalam sejarah muzik antarabangsa.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI